Kerja aku membolehkan aku bercuti agak panjang pada bulan November dan Disember. Walau bagaimana pun sekarang cuti aku tidak lagi panjang seperti masa aku bujang dahulu. Semasa awal umur awal 20-an hingga aku berkahwin, cuti aku dipenuhi dengan membaca. Hobi membaca aku pelik sikit, aku minat membaca buku-buku sejarah, bagi orang lain mungkin mengantuk. aku juga minat membaca novel. Minat ini membawa aku ke kedai buku terpakai. baru-baru ini teater Badai Semalam dimainkan di Istana Budaya. Cerita tersebut aku baca seawal aku di tingkatan 2 atau 3 (1983/4). Bila aku pergi kedai buka lama, jumpa terus aku beli.
Inilah Mazni....
Bila masuk umur 30 dan berkeluarga, aku mula kurang melawat kedai-kedai buku terpakai. Membaca pun mula kurang. Malam pun cepat tutup lampu, aku duduk di Kampung Banir, tempat isteri bertugas, banyak nyamuk dan serangga malam. Bila malam aja, lantai papan rumah makin kuat bergegar, jangan salah faham, bergegar sebab kereta api lalu, kuarters tu lebih kurang 100m daripada landasan kereta api.
Bila pindah rumah sendiri pada tahun 2003, anak pun dah dua, aku mula dapat hobi baru. Aku mula bercucuk tanam. Dengan adanya tanah sekangkang kera, aku mula mengunjungi nurseri dan kilang pasu. Hasilnya seperti gambar di bawah. Kalaulah aku tanam sawit, pasti aku dah menuai hasil sekarang. Sekarang rumah dipenuhi hutan....kata bapak mertua aku.
Aku beri dua tahun lagi pada pokok ni, kalau dia tak keluar buah sawit, aku tebang.
Bila umur meningkat 40an, aku berhijrah lagi, dah hampir dua tahun hobi aku membelek jam. Semasa aku ke Campbell tempoh hari, aku terjumpa sebuah kedai menjual barangan lama/antik. Aku tertarik dengan cara barang-barangnya di pamerkan, termasuk jam. Malangnya aku tak dapat masuk, kedai berkunci. Jadi pagi tadi almari buku aku menjadi mangsa, jam-jam aku yang tak seberapa tu aku masukkan kedalam almari. Hasilnya seperti di bawah.
Jam yang dikumpul, mengikut kemampuan poket aku.
Alat-alat jam yang aku jual secara kecil-kecilan juga aku boleh pamerkan.
Ini jam yang aku nak jual, tapi kadang-kadang rasa sayang pulak...
Isteri aku suruh beli kebinet sudut..aku nak berjimat. Dalam hati aku...belikan le.
Dengan cara ini aku berjaya memberi nafas baru untuk jam-jam aku yang rosak, tidaklah duduk dalam kotak sahaja.