Tak banyak jenama swiss yang aku ada. Maklumlah jam swiss ni harganya mahal (bagi aku le) walaupun dah berusia puluhan tahun. Justeru dapat simpan sebiji dua jenama Swiss ni dah cukup membanggakan bagi diri aku sebagai penternak kecil-kecilan. Kata sesetengah orang jenama seperti eterna matic boleh diternak. Susah juga nak dapat. Tengok-tengok kat Cik Ebay, boleh tahan harganya. Antara sumber rujukan aku adalah pak cik google serta forum Watchuseek.
Sejarah Eterna:
Sejarah Eterna dimulakan dengan usaha pengasasnya Urs Schild, seorang guru sekolah di Grenchen, bersama dengan seorang doktor, Josef Girard pada tahun 1856. Pada tahun 1906, menyaksikan nama syarikat diubah kepada Eterna-Werke dan akhirnya dikenali sebagai Eterna S.A pada tahun 1932. Mereka juga menubuhkan ETA S.A yang menumpukan perhatian kepada pengeluaran komponen pergerakan jam untuk dijual kepada syarikat-syarikat lain. Banyak jam-jam Swiss yang menggunakan komponen ETA. Jadi bolehlah kita bayangkan kualiti movement jam-jam Eterna.
Antara model Eterna yang terkenal ialah "Kon-Tiki" yang masih dikeluarkan hingga kini. Penutup belakang jam mempunyai gambar rakit. Jam ini dihasilkan sebagai menghargai kejayaan ahli antropologi Norway yang belayar dari Peru ke Polinesia dalam tahun 1947 dengan menggunakan rakit Kon-Tiki, warisan masyarakat purba Peru. Penghargan ini diberi kerana Thor Heyerdahl memakai jam Eterna dalam pelayaran sejauh 6920 km selama 101 hari merentas lautan Pasifik.
Bagaimana pula dengan lambang eterna yang menggunakan lima biji ball bearing. Lambang ini digunakan untuk mengingati sejarah mereka memperkenalkan penggunaan 5 biji ball bearing untuk rotor automatik pada movement, buat pertama kalinya pada tahun 1948. Bermula dari situ semua jam eterna menggunakan rekaan lima ball bearing untuk rotornya dan jam-jam berikutnya dinamakan Eterna-matic. (Jam-jam awal menggunakan movement manual dikenali sebagai Eterna. Movement automatic eterna bermula seawal tahun 1938.
Kemudiaannya Eterna S.A telah diambil alih oleh FA Porsche Beteiligungs GmbH pada tahun 1995 (Europa Star Magazine). Yang terbaru berdasarkan online magazine "Europa Star" International Volant Limited, a wholly-owned subsidiary of China Haidian, has acquired all shares in ETERNA AG Uhrenfabrik, Grenchen, from F.A. Porsche Beteiligungen GmbH. ETERNA AG is one of the premium manufacturers of watches, components of watches, clockwork, electronic precision time measuring devices and its components. Syarikat-syarikat di China bukan hanya mengambilalih syarikat pengeluar kereta daripada Barat, tetapi juga syarikat pengeluar jam Swiss.
Gambar-gambar di bawah adalah jam eterna matic yang telah memikat hati aku untuk menyimpannya sebagai koleksi
seperti biasa, jam baru dapat bawak pergi jalan-jalan dan ambil gambar
jam dah sebulan dalam simpanan, baru hari ini berpeluang masuk dairi jammasa
sumber internet: eterna fanatic
lawa eternamatic ni, nasib baik x perasan masa seller post di blog.hehe
ReplyDeletelawa lagi rolex amar, pagi ni kat locken Abg Razak bawa 3 ketul cik rox dan cik ome. Meleleh air liur tengok muka cik rox, hantaran murah....lupa nak ambik gambar, terambil gambar cik ome sahaja.
ReplyDeletehaha...rolex simple je bang...
ReplyDeleteabih, amik ka omega tu? enjin nampak ori semua...apa tak amik gambo muka sekali?
gambor muka ada...nak buat cerita sikit, rolex yang abg razak bawak pagi ni pada saya memang murah, siri 1500 chronometer automatik. Siapa dapat memang berbaloi. Semua ori, tapi tak boleh nak tengok movement tadi, alat tak ada.
ReplyDelete