Monday, January 2, 2012

Museum Gopeng

Gambar di bawah adalah lawatan singkat aku ke Museum Gopeng. Ramai dah buat cerita dalam blog tentang museum ni. Kalau orang jam, apa lagi ceritanya, tentang jam dindinglah. Sesiapa yang dalam perjalanan ke Ipoh , keluarlah melalui Exit Gopeng dan terus menghala ke Ipoh. Sampai Pekan Gopeng, carilah bulatan (round-about). Dekat situlah tempatnya. Nikmatilah sebahagian foto yang sempat aku rakam semasa keluar mencari barang dapur pagi tadi.

 Banyak barang-barang lama tersimpan di sini samada milik pengasas muzium mahupun sumbangan individu


 Sebahagian daripada jam dinding yang dipaparkan, perhatikan tida jam dinding biasa-biasa tahun 60-70an

 Kebanyakan jam adalah dari Eropah, mana lagi kalau bukan German


 Jam ini berbunyi sewaktu pukul 10 pg semasa aku baru sampai. Yang lain tak berbunyi.

 Perhatikan ukiran/mural di atas. Ini menunjukkan status rumah kedai ini pada zamannya. Pengubahsuaian tingkap tingkat atas telah mencacatkan senibina rumah kedai ini.






Gopeng antara pekan awal di Lembah Kinta, seangkatan dengan pekan Papan, Batu Gajah ( tajuk tesis aku dulu Sejarah Batu Gajah 1892-1992) dan Kg Kepayang. Lebih awal daripada bandar Ipoh.Pekan-pekan ini hidup kerana bijih timah. Daripada maklumat yang aku baca, kawasan yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan telah dibeli oleh syarikat perlombongan untuk digali bagi mendapatkan bijih timah. Di perut pekan Gopeng ini sendiri dipercayai masih mengandungi bijih timah yang banyak. Hari ini Gopeng terkenal dengan white water rafting dan buah duriannya yang enak.

No comments:

Post a Comment