Jam seiko diver pertama dalam kategori jam lama
Rasanya dail ini asal, jarum pulak dah ditukar oleh pemilik dahulu. Spring bar saya dah ganti, aftermarket, tapi tak segemuk seiko fat spring bar.
Diver dengan bezel pepsi terakhir.
Serial no: 4D0698 - Disember 1984
Bezel berputar dwiarah, tapi taklah sekemas bezel baru seperti pada skx007 apabila diputarkan.
Sayang, tapi terpaksa berpisah.
Dah masuk tali nato 22mmblack, kalau nak tali diver wave, boleh ditukarkan.
Movement 6039A, jentera seiko ni tak pernah meragam. Tak pernah jumpa doktor jam.
Justeru dengan perkembangan terbaru dalam koleksi jammasa menyebabkan jam ini terpaksa diundurkan.
Jam seiko seperti dalam gambar di atas mahu dijual dengan harga sold
Ambil perhatian: jam ini adalah jam lama dan saya bukan pakar jam. Jam dijual adalah milik sendiri. Justeru jam keadaan jam tidak 100% seperti jam baru. Gambar di atas adalah sebahagian daripada deskripsi tentang keadaan jam ini.
Sold : Bro Din, Batu Gajah
No comments:
Post a Comment