Tuesday, January 24, 2012

Bullhead - selepas overhaul


 Ini adalah ganbar awal seiko bullhead yang aku perolehi pada penghujung tahun lepas. Emm dah ada yang mintak bullhead ni, tapi tak sanggup nak melepaskan. Seperti kata tukang jam aku, jangan jual, sudah jual, tak boleh dapat semula. Perhatikan tanduk bullhead yang panjang tu.

Kekurangan jam ni ialah jarum saat nyang pelek, jarum jam dan minit yang dah dimakan zaman,
push button bukan asal serta crown juga bukan asal. Jalan pun tak lancar, cepat dan mati jika aku terbalikkan jam. Banyak juga masalahnya. Bezel insert juga calar jika diperhatiakn dari dekat. Tali juga bukan ori. Kata tukang jam aku mahal harga yang aku ambil.

Jadi aku kena melabur lagilah untuk meningkatkan imej seekor bullhead hitam ni. 16 Januari 2012 baru aku buat keputusan untuk overhaul jam ni. Pergi jumpa tukang jam di Pekan Lama Ipoh. Pertama, gantikan tiga jarum utama dan push button. Kedua mengikut tukang jam aku, hair spring kena ganti. Kemudian ada sati alat yang telah dimodified yang perlu diganti. Nasib baik aku ada jam dengan movement 6138B, jadi aku faham le sikit. Selepas beberapa hari aku datang untuk hantar jarum baru yang tertinggal di rumah. Aku diberi tahu ada part seiko 5 kat dalam, yang dimodified. Tukang jam kata dia ada spare part. Isnin 23, jam aku siap, habislah duit aku. Tapi harga yang aku bayar tu aku puas hati berdasar part yang diganti oleh tukang jam. Nampaknya harga bullhead ni semakin naik berbanding harga asal aku ambil. Tukang jam juga masukkan buckle clasp original bertanda jenama seiko.

Berikut adalah perubahan rupa pada bullhead ini selepas dioverhaul:



Tanduk bullhead dah ditukar, lebih pendek berbanding sebelumnya. Crown juga ditukar, besar dan mudah ditarik, gasket juga diganti.
3 bilah jarum utama yang baru, aftermarket. Perhatikan jarum saat warna kuning, tidak begitu panjang seperti yang original. Potongannya juga tidak sama. Oklah berbanding warna merah tu...

Bezel insert memang menyakitkan mata, kalau dapat sama seperti ini baru aku bercadang nak ganti, yang ada di pasaran tulisannya warna kuning dan material tidak sama, lebih tebal. (aku dah pakai kat 6138 0030 big brown).

Plet besi disekeliling movement telah ditukar, sebelum ini guna seperti gelang getah yang dipotong. Modified le tu....Nasib baik tukang jam ni banyak spare part.


Bahagian yang diganti ialah balance wheel termasuk yang ada tulis japan tu, satu set. Mengikut  tukang jam aku ada part seiko 5 telah digunakan.

Aku harapkan jam ni tak bermasalah lagi selepas ini








Kedua-dual jarum sub dial kembali ke tempat asal apabila di reset.






Nanti polish, kata tukang jam aku. 

Tukang jam masukkan clasp seiko walaupun aku tak suruh. Mungkin dia pun seronok tengok jam ni...

Dial aftermarket ada di pasaran...tapi aku masih mahu kekalkan yang sedia ada.


Kesimpulannya : walaupun bullhead aku tak secantik yang berharga RM1K keatas, aku tetap puas hati sekadar untuk koleksi aku.



1 comment:

  1. Assalam bang..kedai tmpt abg repair bullhead ni ada lg x stock crown? Kalau ada boleh roger saya bang di rosditukibon@yahoo.com

    ReplyDelete