Pagi ini aku membaca cerita UFO dalam blog Dunia Jam. Lepas tu aku google jam seiko aku kat blog. Aku terjumpa amaran : important info for people with xxxx xxxx . Hati aku dah mula tak sedap. Aku google lagi. Aku terjumpa jam yang sama no siri dalam satu blog. Ada komen baru masuk...memaklumkan jam tersebut "fake". Alamak..sebiji macam jam aku.
Kemudian aku google lagi..aku jumpa seiko & citizen watch forum, ada seorang bro dengan nama Thanapa (Harimau Malaya) memulakan topik
fake 6138 7000. Daripada forum tersebut aku dapati jam tiruan ini terdapat banyak di pasaran, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di England dan tempat-tempat lain. ianya dijual di ebay oleh beberapa orang seller termasuk seller dari Penang yang berjaya menjual dengan harga US$410.
Dan ada seller yang meletakkan harga sehingga US$700. Antara seller yang kerap dipersoalkan jam-jamnya adalah bernama Sophon dari Negara Gajah Putih. Seller ini telah sekian lama aku jumpa namanya dalam forum jam dengan komen yang negatif, tetapi masih terus menjual di ebay.
Inilah agaknya asam garam orang main jam. Ini kali kedua aku terkena selepas jam Omega Seamaster 300. Sama seperti dahulu, aku dapat jam ini di Ipoh.Kalau kali pertama dulu aku tidak membuat banyak ulasan di blog ini, tetapi kali ini aku terpaksa menulis ( buang masa juga) sekurang-kurangnya kawan-kawan diluar sana tidak terkena. Aku memang dah rugi, harap-harap tidak ada yang terkena lagi.
foto diatas adalah dengan original dial termasuk rulernya sekali. Perhatikan pula dial dibawah. Dimana perbezaannya?
Sangat kecil perbezaannya, iaitu pada sub register bawah, untuk kiraan minit sepatutnya 30/60 bukan 30/00. Itu sahaja perbezaannya, tahniah kepada orang yang telah mendedahkan kesilapan kecil ini, tetapi besar maknanya untuk pengumpul jam.
Kesalahan kedua yang sering dilakukan oleh pembuat fake watch ialah pada maklumat jam di case back. seperti jam omega seamaster 300 aku dulu, seiko ini juga mempunyai kesilapan di tempat yang sama.
Perhatikan gambar-gambar berikut.
serial number 4D8364
arrrrrrr!!!! sama seperti serial number jam aku. Tapi engravingnya tak sekemas aku punya
foto dari SCWF
dari forum SCWF
Untuk movement pula, ini adalah bahagian yang sukar ditiru. Jadi penjahat dan penipu ini akan menggunakan movement original, tetapi mereka akan menggunakan mana-mana movement seiko 6138 atau 6138B.
dijual di ebay. Baca di SCWF
Menurut forum SCWF, bahagian lain seperti casing juga dibuat semula. Bahagian yang paling sukar adalah movement. Movement akan dimasukkan dengan yang original, tetapi mereka akan masukkan apa sahaja yang ada samada 6138 atau 6138B. Bracelet pula akan dimasukkan aftermarket, justeru bila digoogle , terdapat pelbagi bracelet samada baru atau kelihatan lama. Ini dapat mengaburi pembeli.
Apa akan jadi pada jam aku ni. Kalau seamaster 300 dahulu, aku pulangkan semula. Jam itu kemudiannya pasti akan dijual juga akhirnya. Kalau tak salah jam tu dah masuk blog lain dan ada pembelinya. Kali ini tak tahulah. Aku memang tak boleh jual dah jam ni selepas pendedahan skandal ni.
Kepada peminat-peminat seiko diluar sana, berhati-hatilah jika terjumpa jam seperti ni. Aku juga melakukan kesilapan, tak banyak belajar daripada kesilapan pertama...rasanya nak berehatlah.
AMARAN TAHAP MERAH
Sebelum beli : Perhatikan dial sub register mesti 30/60 bukan 30/00
Serial number bukannya 4D8364
adakah ini jam sebenar dengan serial number 4D8364?
jam yang sama serial number muncul di indonesia hari ini.
new update 24 mei 2012 : jadi berhati-hatilah kerana banyak juga jam dari indonesia masuk ke negara kita.
sejak akhir-akhir ni, jam seperti di atas telah kedapatan dijual online - harga RM1K lebih. Wow!!!