Hari ini aku membaca satu artikel bertajuk " So How Was Your Day" iaitu tentang kesukaran mendapatkan alat ganti untuk jam-jam swiss seperti rolex. Ini kerana kecenderungan pengeluar-pengeluar jam Swiss untuk tidak menjual alat ganti kepada tukang-tukang jam bebas di Australia. Sebaliknya pengguna perlu menghantar jam mereka kepada pusat servis pengeluar jam itu sendiri atau ke Switzerland Tindakan ini bukan sahaja akan menyebabkan tukang-tukang jam ini kehilangan pelanggan tetapi akhirnya akan membunuh kemahiran yang dimiliki oleh tukang-tukang jam ini.
Situasi di Malaysia macam mana. Adakah anda sudah mengalami masalah mendapatkan alat ganti untuk jam swiss vintage anda. Hari ini mungkin ada. Bagaimana 5 tahun akan datang. Bagaimana jika tiada lagi tukang jam seperti Uncle Rama di Ipoh yang bersedia membantu anda. Adakah anda perlu menghantar Cik Rox dan Cik Ome vintage yang sekadar bernilai RM1000-3000 ke pusat-pusat servis jam swiss di KL? Mahukah mereka?
Aku teringat catatan aku berkaitan cerita tentang tukang jam dalam blog Jammasa. Uncle Rama dapat meneruskan perniagaannya kerana ramainya peminat jam lama di Ipoh, yang masih berharap kepadanya untuk membaiki dan men"servis" jam-jam mekanikal lama. Beliau sendiri hanya pernah mengajar dua orang yang berminat. Anaknya sendiri tidak mampu menguasai kemahiran tersebut. Aku sendiri sudah mengalami masalah mendapatkan alat ganti untuk jam swiss, catatan lama di sini
Persoalannya, adakan anda bersedia menanggung risiko jam-jam swiss anda tidak dapat dibaiki suatu hari nanti.
http://nickhacko.blogspot.com/2012/04/tassie-tiger-animal-like-no-other.html

No comments:
Post a Comment