Dah lama aku tak membeli aksesori jam. Aktiviti berkaitan jam pun semakin kurang setelah banyak juga jam-jam aku mula dijual. Jam-jam yang aku pernah pertahankan kerana kesukaan ramai orang pun telah aku lepaskan Terbaru Pagol M7, Samurai serta Bullhead. Apakah telah sampai kemuncak atau telah jemu? Tak juga, selagi tak dapat jam yang betul-betul boleh merehatkan aku.
Hari ini barang yang aku order sampai. Mencari daripada sumber dalam negeri sukar, kadangkala ada, harga pula kita tak suka. Untuk kali ini barang yang aku order datang dari Polska atau Poland. Aku beranikan diri beli kerana melihat kepada sambutan daripada pembeli-pembeli lain. Inilah aksesori yang aku beli walaupun talinya tiada tanda jenama Cik Ome. Kalau bertanda nama Cik Ome, harganya tak sanggup aku nak labur. Jadi yang dibawah ni pun jadilah.
Membeli tali-tali berjenama memang memerlukan kos yang banyak. Jenama-jenama seperti di-modell, hirsch dan sebagainya. Sesetengah penjual dari US tidak membuat kiriman international kerana larangan pengeksportan kulit haiwan eksotik. Walaupun berharga mampu milik, tak dapat pula dibeli.
Kesimpulannya, tali ini memberi seri kepada omega tua ni. Bila jemu tukar semula ke bracelet. Itu ke kerjanya ....
Tak sabar nak tengok tali masuk kat jam ome tuan :)
ReplyDeletesaya ada banyak tali hirsch
ReplyDeleteSah kul, maaf le lambat reply. Talinya dan jamnya biasa-biasa aja. Jalan cerita aja yang lebih.
ReplyDeleteWafee, saiz 19/16mm ada ke untuk Cik Rox...croco grain pun tak apa, warna macam tali kat atas.