Saturday, January 5, 2013

Rolexku, masalah baru- pelajaran baru.

Cuba cari apakah kekurangan pada jam di bawah.

Movement Rolex Air King Model 1002

 Kalau tak ada benda tersebut, tidaklah boleh kita nak setting masa jam ini. Inilah yang aku alami semalam. Minggu ini aku memakai jam ini, sempena ulang tahun pertama aku mengkoleksi jam di atas. Masanya lewat 2 minit dalam sehari. Maka pagi-pagi hari aku nak setting masanya supaya tak menjejaskan aturan masa kerja aku. Malangnya jarum jam dan minitnya tak bergerak. Aku tahu ini mesti masalah dengan crown atau stemnya. Crown jam ini memang sukar sikit aku nak lock. Tapi tak pernah pula aku nak pergi bawa ke tukang jam.

Gambar di atasjuga pertama kali aku dapat snap movement jam ini. Aku tak ada alat nak membukanya. Gambar di atas tanpa crown dan stem. Akhirnya punca penyakit di atas diketahui. Ada bahagian crown yang sudah haus menyebabkan stem tak boleh diputar untuk setting masa. Aku mula nampak duit aku terbang. Kedua, case tubes atau crown case tubejuga sudah haus dengan teruk. Ketiga, gasket pada case tubes tiada.

Pelajaran yang aku dapat ialah benda yang namanya case tube seperti dalam gambar di bawah. Benda yang seperti skrew tu case tube. Getah bulat tu gasket. Patutlah aku rasa goyang sikit semasa putar crown nak setting masa.

 Bahagian berdiameter lebih besar akan dipasang pada badan casing jam. Crown jam pula akan dikunci pada bahagian berdiameter lebih kecil. maaflah aku tak tahu nak menerangkan ikut istilah teknikal. Gambar dibawah menunjukkan kedudukan gasket pada case tube, ini penting untuk mengelakkan resapan air.
Gambar dari ebay
Malangnya aku tak tahu mana satu boleh pakai pada jam aku.


Kesimpulannya, aku terpaksa membayar harga yang tinggi untuk pelajaran ini.

4 comments:

  1. Selamat tahun baru ckgu...tk krn sudi berkongsi info..walaupun saya x ada rolex...tp saya dpt rasakan kerisauannya...maklumlah rolex...

    ReplyDelete
  2. Sah_kul, apa jenama pun sama, tetap sebuah jam.Kalau tak boleh berfungsi memang merungsingkan hati....

    ReplyDelete
  3. Pelajaran yang paling penting... bila nak beli, kena periksa movement punya operating part betul2. Sebelum beli buat time-setting, pusing jam punya jarum melebihi 24 jam (atau 2x putaran 12 jam), screw barrel... so basic operation should be just ok. nak okey lagi... lepas seminggu dua pergi hantar servis... pelajaran yang mahalllll... pasai jam rolex!!!

    ReplyDelete
  4. Tuan thetick, nasihat tuan memang betul.Tapi kita kena akur juga,kita main jam lama, sedikit sebanyak mesti ada kekurangannya.

    ReplyDelete