Friday, January 18, 2013

OMEGA SPEEDMASTER MOONWATCH 861 -Jam pertama 2013

Bagaimana tuan-tuan menentukan jam yang akan dibeli. Adakah bila terserempak dengan jam yang kelihatan cantik dimata?  Melalui perancangan teliti seperti pembacaan atau berdasarkan permintaan terhadap jam tersebut dikalangan peminatnya. Ataupun mengikut kawan-kawan yang telah memiliki koleksi jam yang serupa. Mungkin ada pelbagai alasan untuk kita menentukan mengapa kita membeli sesuatu jam.Walau banyak mana kita membaca nasihat-nasihat sebelum memutuskan tentang pembelian sesebuah jam lama atau terpakai, akhirnya kita sendiri yang akan membuat keputusannya.

Bagi aku sendiri, banyak jam yang dibeli kerana terserempak, sementelahan jenama jam tersebut aku suka. Faktor harganya bergantung kepada keadaan kewangan semasa, lebih-lebih lagi jika semua komitmen wajib telah diselesaikan.

Jam Rolie pertama dan terakhir sehingga kini dibeli ketika aku sering menggoogle jam-jam Rolie 6694. Apabila di paparkan di blog sahabat, aku terus membuat keputusan segera. Alhamdulillah urusan pembeliannya di permudahkan oleh pemiliknya dengan izin Allah.

Jam Seiko Turtle dibeli setelah aku memutuskan jam ini mesti ada dalam senarai jam-jam diver aku. Aku begitu terpengaruh dengan cerita-cerita di blog (terutama Blog Dunia Jam) tentang jam tersebut dan sambutannya yang begitu baik dipasaran.

Jam OM dipilih kerana minat aku pada Diver ketika itu. Paparan dan review tentang jam tersebut begitu mudah digoogle di internet.Tidak dinafikan pengaruh daripada cerita tentang keunikan jam ini menyebabkan aku membelinya, walaupun tujuan asal adalah membeli SKX007.

Jam Omega Connie juga dibeli setelah aku banyak membaca tentang jam tersebut di blog-blog Mat Saleh.Dengan sokongan kewangan yang kukuh sepanjang tahun 2012, aku membuat keputusan segera, takut terlepas peluang di depan mata.

Ada juga jam yang aku beli tanpa banyak soal dan terus membayar. Bila balik baru garu kepala. Kali pertama aku terbeli jam kunci, iaitu Citizen Newmaster. Jamnya cantik tanpa tali dengan harga RM60.. Aku tak minta pun nak tengok movementnya. Bila sampai rumah, baru aku garu kepala macam mana nak guna jam kunci. Jam-jam yang aku beli sepanjang 2010 dan 2011 kebanyakkannya dibeli tanpa perancangan. Ini kerana ianya banyak dibeli secara atas talian. Berbanding dengan jam-jam tahun 2012 yang aku beli dengan melihat jam-jam tersebut di depan mata.

Bercerita tentang jam kunci, memang sesetengah orang tidak begitu berminat kerana terasa menyusahkan. Bagi aku jam kunci atau auto sama sahaja, kerana dengan jumlah jam auto yang banyak, aku terpaksa menghidup dan membetulkan waktunya setiap kali mahu memakai jam-jam aku.

Untuk jam pertama tahun 2013, aku telah membuat keputusan untuk memilikinya semenjak suku kedua tahun 2012 lagi. Ianya jam yang tidak jemu-jemu aku google. Pertama kali aku melihat jam ini secara live semasa H4U di Kuala Lumpur. Jam ini sering aku jumpa di laman online Mudah serta Malaysia Watch Forum. Adakalanya terjumpa dengan jam yang cantik dengan harga yang baik, tetapi kewangan pula tidak mengizinkan. Akhirnya bulan November 2012 jam yang diidam-idamkan hadir. Setelah persetujuan dicapai, jam akan diambil pada 4 Januari 2013.

Jam Omega Speedmaster Professional dengan calibre 861. Inilah jam idaman aku. Jam ini mempunyai sejarah yang panjang dan mula mencipta nama disaat aku menjengah dunia. Untuk mendapat jam NIB tidak mungkin. Justeru jam terpakai dengan kondisi jam yang cantik di mata aku sudah memadai. lebih-lebih lagi dengan calibre 861 yang telah ditamatkan pengeluarannya pada tahun 1997.

Pemilihan Speedy sebagai jam angkasawan oleh NASA memungkinkan 
jam ini bertahan sehingga kini

sejarah jam dipahat pada case back

Dengan sejarah jam yang panjang, sudah melebihi 40 tahun, Speedy mempunyai pelbagai design bagi case backnya. Menurut bacaan aku disini, case back di atas adalah generasi kedua selepas Speedy sampai ke bulan dan paling lama digunakan.Aku lebih berminat dengan jenis steel seperti diatas berbanding see thru crystal. Setahu aku jika see thru case back akan menggunakan calibre 863/1863.

Dial jam ini masih mulus. Ini diakui seorang rakan jam baru-baru ini. Menurutnya, bracelet jam juga masih kemas dengan  setiap linknya masih rapat. Ini terbukti apabila bulu roma aku selalu tersepit. Memang sakit. Bracelet dengan kod 1479. Sejarah perkembangan bracelet speedy ini boleh dibaca disini. Perbezaan ketara ialah pada design clasp..Aku lebih menyukai design ini berbanding yang terbaru.


Movement terawal Speedy Moonwatch ialah  Calibre 321 yang diasakan daripada movement Lemania. Jam milik aku ini menggunakan calibre 861, yang sudah begitu cantik untuk mencuci mata. Calibre terkini 1861. Terdapat juga beberapa versi lain seperti calibre 863 dan 1863.

aku puas hati dengan condition movementnya


Condition jam:
Dial : mulus dan bersih
Marker: mula kekuningan, setara untuk 12 markernya
Cermin : sedikit calar yang sukar dilihat sekali pandang
Bezel: tiada calar
Crown: asal dengan sign omega
Bracelet: masih rapat, asal 1479
Caseback: tiada calar menguris hati
Casing : tiada calar
Manual book : ada
Kotak: ada, tetapi rosak teruk
Warranty Card: ada



Spesifikasi :
Calibre: 861manual winding 17jewels 21600bph
Diameter: 42mm
Lug to lug: 48mm
Bracelet: 1479 fold clasp
Crytal: Hesalite
Water Resistant : 30 meters
Features: Hour and minute display with small second hand
              Choronograph 60-second totalizer; 30 minute totalizer; 12 hour totalizer
              A tachymetric scale for culculating speeds
Year: 1992
Serial No: 4828XXXX

# Moonwatch dengan calibre 321 adalah versi awal yang jadi buruan peminat Speedy

Jam kelihatan besar di tangan aku. Saiz yang sesuai adalah speedmaster reduce sebenarnya

Mungkinkah aku berehat sebentar?

Layari :

5 comments:

  1. Terima kasih Dr. Asmar dan Cikgu Razmizan. Alhamdulillah, dapat juga nak rasa pakai hak sendiri.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Cikgu Zul...salah satu jam lagenda yg berada dlm wishlist saya...sgt cantik :)

    ReplyDelete
  3. Wali...Saya pun lama mengidamkannya : terbaik buat masa ini.

    ReplyDelete