Jam-jam Gruen adalah jam selain Rolex yang meletakkan perkataan "Precision"pada muka jam keluarannya. Apakah fakta yang menarik tentangnya? Syarikat jam D. Gruen & Son yang berpusat di Cincinnati, Amerika syarikat telah diasaskan pada tahun 1894 oleh Dietrich Gruen dan anaknya Fred. sebelum itu Dietrich pernah memiliki syarikat jam Columbus Watch Manufacturing Company di Columbus, Ohio pada tahun 1876. Malangnya Columbus watch Co. telah gagal dan muflis.
Pada peringkat awal Dietrich hanya mengimport movement jam dari Switzerland, seterusnya membuat casingnya dan dijual. Pada peringkat awal juga Gruen hanya mengeluarkan jam-jam pocket, sesuai dengan pasaran jam pada masa tersebut. Kemudiannya Gruen beralih kepada pengeluaran jam bersaiz lebih kecil untuk keselesaan pemakainya seperti saiz 16 dan 12 berbanding saiz 18 yang besar. Pendekatan yang diambil oleh Gruen ini telah mengubah pasaran jam.
Gruen VeriThin telah dikeluarkan pada tahun 1904, yang membuktikan kemampuan Gruen untuk menghasilkan jam yang hanya setebal 7mm, yang dalam masa yang sama masih mengekalkan ketepatan jam dalam mengukur masa- masih memenuhi standard ketepatan "railroad watch" yang menjadi piawaian ketepatan jam pada masa itu.
1940's GRUEN Veri-Thin Pocket Watch
http://www.secondtimearoundwatchco.com
Perang dunia Pertama telah mempopularkan penggunaan jam tangan. Ini kerana askar yang berperang merasakan jam tangan lebih selesa samada di perbatasan ataupun di atas kapal terbang berbanding jam poket. pada tahun 1908 Gruen mula mengeluarkan jam tangan untuk lelaki dan wanita, tetapi jam tangan wanita lebih popular iaitu " convertible model. This wristwatch was shaped just like a pocket watch but had detachable straps. Thus, women could wear it as a wristwatch, as a pocket watch, on a chain, or in a number of other ways."
photo from ebay
Antara model lain Gruen yang berjaya ialah ialah Cartouche untuk wanita yang berbentuk empat segi. Cartouche dikatakan "which allowed a sleeker wristwatch design. The Cartouche was successful, far ahead of its time." Pada tahun 1925 model untuk lelaki Quadron diperkenalkan. Quadron dikatakan sebagai jam pertama yang sangat tepat sebagaimana jam poket yang "high end".Justeru membolehkan ianya dipasarkan sebagai jam lelaki yang boleh dipercayai.
bacalah rencana iklan Gruen Quadron di atas
Model yang berjaya juga ialah Curvex yang memiliki "patented curved movement design, which allowed for a bigger, and therefore more accurate, movement inside. The sleek design curved around the wearer’s wrist and was quickly a hit."
Curvex Model http://forums.watchuseek.com
Pada tahun 1928 Techni-Quadron iaitu jam doktor diperkenalkan iaitu jam yang yang mempunyai sub dail untuk jarum saat, iaitu untuk memudahkan doktor mengambil nadi pesakit.
Doctor's watch
Seterusnya Gruen memperkenalkan model Ristside dan Curvex-Ristside, yang disasarkan sebagai jam untuk pemandu (lori dan sebagainya). Muka jam dikatakan "sat not on top of the wearer’s wrist, but next to his thumb. This design allowed the wearer to check the time while driving without removing his hand from the steering wheel." Kalau masih ada barulah faham macammana cara memakainya. Kat bawah ni gambar yang diperoleh dari internet.
Gruen mula merosot apabila Perang Dunia Kedua melanda. Gruen telah diberikan kontrak untuk membuat jam bagi tentera. Mereka dilarang daripada mengeluarkan jam-jam lain.(tak tahu mengapa pulak). Ini telah memberi ruang kepada syarikat jam Swiss memasuki pasaran Amerika. Selepas perang Gruen tidak dapat bangkit untuk meneruskan pengusaan pasaran jam di tempat asalnya.Ini diburukkan lagi dengan kematian pemiliknya, Fred Gruen dan George Gruen.
credit to watchuseek
Gruen mula merosot apabila Perang Dunia Kedua melanda. Gruen telah diberikan kontrak untuk membuat jam bagi tentera. Mereka dilarang daripada mengeluarkan jam-jam lain.(tak tahu mengapa pulak). Ini telah memberi ruang kepada syarikat jam Swiss memasuki pasaran Amerika. Selepas perang Gruen tidak dapat bangkit untuk meneruskan pengusaan pasaran jam di tempat asalnya.Ini diburukkan lagi dengan kematian pemiliknya, Fred Gruen dan George Gruen.
GRUEN Precision & Sheaffer
sumber:http://www.collectorsweekly.com/wristwatches/gruen
No comments:
Post a Comment