Thursday, January 17, 2013

Sepanjang 2012.........

Diam tak diam hampir tiga tahun aku terlibat dalam dunia horologi. Walaupun aku bukan "big player" tetapi dengan minat yang sama dengan ratusan atau ribuan orang lain di luar sana, menjadikan blog aku adalah juga dikunjungi atau dihubungi oleh orang-orang yang tidak aku kenali, tetapi ,menghulurkan salam perkenalan kerana meminati jam yang aku ada. Terima kasih kepada yang sudi menziarahi blog aku.

Bermain dengan jam sebagai hobi ini ada pasang surutnya. Untuk satu peringkat aku pernah menyimpan sehingga 40++ ketul jam pada satu-satu masa. Semua jam yang aku beli direkodkan tarikh, punca jam, harga serta beberapa maklumat seperti tarikh dan kos service. Ada juga jam-jam aku yang terbengkalai kerana rosak yang aku malas lagi membaikinya.

  Lama-kelamaan jam-jam yang pernah aku sayangi terpaksa berpindah ke Johor, Melaka, Selangor, Sarawak dan ke tempat-tempat lain. Sebabnya jika tidak digunakan ianya boleh memudaratkan jam-jam tersebut. Ini kerana kebanyakkannya bukan jam baru, tetapi jam-jam tahun 70an dan 80an.

Aku tidak meletakkan diri aku sebagai penjual jam. Jam-jam yang dijual adalah semata-mata jam yang menjadi koleksi aku. Kebanyakkan jam yang dijual telah diperoleh sepanjang tahun 2010 dan 2011. Aku akan memasuki tahun 2013 dengan koleksi terbaru yang aku peroleh sepanjang tahun 2012. Justeru bilangannya tidaklah banyak.

Berikut adalah jam-jam koleksi yang masih aku sayang......update 12April 2013 ....jual juga akhirnya..sayang sayang buah kepayang...

(Jam ke-4)Mula dipakai semenjak Mac 2010. Jam ini sangat diminati ramai. ( Not for sale)

Feb 2011....topi keledar seiko.

Diperoleh pada Feb 2011...antara jam seiko diver yang sangat-sangat aku suka. Hingga kini aturan masa  aku puas hati. Harga terkini jam ini sudah melonjak, walaupun aku dikira terlewat  memilikinya, tapi masih dikira mampu milik pada awal 2011. Adakah tahun ini harganya makin naik...? (Not for sale)

Citizen manual. Aku pernah memiliki 2 ketul jam ini. Seketul aku jual. Berada dalam simpanan mulai 14 Mac 2011. (SOLD)
13.8.2011. jam ini telah dijual tetapi datang semula kerana aturan perjalanannya terhenti-henti. Masih tidak dihantar ke Uncle Rama. Jam paling berusia dalam simpanan aku. Jadi biarkan saja ia begitu...

2 Oktober 2011. Masih kekal dan bergerak bila aku suruh.....SOLD

jam terakhir tahun 2011..."cederamata" lawatan sambil belajar pada cuti sekolah 
akhir tahun 22 Nov 2011 Sedia dijual RM1400 ful set box & paper, under warranty

(Jam ke-50) Tahun 2012 dimulakan dengan perkenalan dengan saudara Wafee pada 1.1.2012 dan seterusnya jam di atas mula dipakai pada tangan aku (not for sale)

23 Feb 2012..mimpi yang menjadi kenyataan....aku selalu mengoogle blog-blog jam, tiba-tiba ianya hadir. Aku mula berkenalan dengan Bob dan Kumat. Hadirnya jam Omega pie pan ini menyebabkan aku mula meminati jam-jam dress swiss...mangsanya adalah jam-jam lain termasuklah seiko diver. Semuanya untuk membiayai pembelian dua biji jam di atas. (not for sale)

Seiko Pilot......separuh ori..separuh aftermarket. Nak jual "as is"...SOLD

SKX..berusia  (SOLD)

Seiko UFO...aturan waktunya cukup baik walaupun usianya lanjut. Diperoleh pada awal Jun 2012. Ketika ini aku dah berhasrat nak berhenti membeli supaya dapat mengumpul modal, tetapi sehingga penghujung 2012 aku masih tidak berhenti....ini menyebabkan jam yang aku idam idamkan tak kunjung tiba...not for sale

Satu-satunya Orient dalam genggaman aku...kejap nak jual...kejap sayang..aturan masanya  cukup baik
Cuma peleknya jam ini hour marker dot dot dot...dah di MOD agaknya (9 Jun 2012)
SOLD

Satu lagi koleksi yang disayangi...bermula awal ramadhan (SOLD)

Masih dalam simpanan...sesaki sekala pakai juga 14 Ogos
SOLD

Jam pertama aku ada 3 sub dial...7.Oktober
Sedia dijual RM1500 (aftermarket strap blue or black)
Request full photo

Cinta pandang pertama..14 Oktober
SOLD / TERJUALSUDAH

14 November (not for sale)

LM....mempelbagaikan gaya jam di tangan..5 Disember

16 Disember....tawaran yang tidak dapat ditolak....(not for sale)

 Tissot...17 Disember (not for sale)

Bersedia untuk dijual RM300 full set ( no paper/box)

30 Disember....jam yang aku putuskan sebagai jam terakhir sebelum melangkah ke tahun 2013. Ini adalah jam yang ke 69. Sepanjang tahun 2012 aku membeli 19 biji jam. Dengan kata lain aku membeli  sebiji jam setiap 19 hari. Daripada 19 biji jam sepanjang 2012, 3 biji dijual (omega seamaster, eterna 2000, seiko 6139 7002) serta sebiji Sandoz yang aku sumbat dalam almari....setelah bermuhasabah diri aku merasakan sepanjang 2013 ini aku akan memakai semua jam-jam yang aku miliki ini sahaja.

Cerita tak habis lagi.....seperti yang diberitahu  awal tadi, jam yang aku idamkan belum dapat. "Keaktifan" aku membeli jam-jam sepanjang 3 bulan terakhir 2012 menyebabkan perancangan aku terganggu...ditambah dengan kesibukan sepanjang bulan November dan Disember. Jadi aku memutuskan jam idaman tersebut mesti dibeli pada awal tahun 2013. Alhamdulillah, akhirnya dapat jua dengan izin Allah SWT. Insya"allah akan dipaparkan kemudian. Terima kasih kerana membaca....




Saturday, January 5, 2013

Rolexku, masalah baru- pelajaran baru.

Cuba cari apakah kekurangan pada jam di bawah.

Movement Rolex Air King Model 1002

 Kalau tak ada benda tersebut, tidaklah boleh kita nak setting masa jam ini. Inilah yang aku alami semalam. Minggu ini aku memakai jam ini, sempena ulang tahun pertama aku mengkoleksi jam di atas. Masanya lewat 2 minit dalam sehari. Maka pagi-pagi hari aku nak setting masanya supaya tak menjejaskan aturan masa kerja aku. Malangnya jarum jam dan minitnya tak bergerak. Aku tahu ini mesti masalah dengan crown atau stemnya. Crown jam ini memang sukar sikit aku nak lock. Tapi tak pernah pula aku nak pergi bawa ke tukang jam.

Gambar di atasjuga pertama kali aku dapat snap movement jam ini. Aku tak ada alat nak membukanya. Gambar di atas tanpa crown dan stem. Akhirnya punca penyakit di atas diketahui. Ada bahagian crown yang sudah haus menyebabkan stem tak boleh diputar untuk setting masa. Aku mula nampak duit aku terbang. Kedua, case tubes atau crown case tubejuga sudah haus dengan teruk. Ketiga, gasket pada case tubes tiada.

Pelajaran yang aku dapat ialah benda yang namanya case tube seperti dalam gambar di bawah. Benda yang seperti skrew tu case tube. Getah bulat tu gasket. Patutlah aku rasa goyang sikit semasa putar crown nak setting masa.

 Bahagian berdiameter lebih besar akan dipasang pada badan casing jam. Crown jam pula akan dikunci pada bahagian berdiameter lebih kecil. maaflah aku tak tahu nak menerangkan ikut istilah teknikal. Gambar dibawah menunjukkan kedudukan gasket pada case tube, ini penting untuk mengelakkan resapan air.
Gambar dari ebay
Malangnya aku tak tahu mana satu boleh pakai pada jam aku.


Kesimpulannya, aku terpaksa membayar harga yang tinggi untuk pelajaran ini.

Monday, December 31, 2012

SEIKO 7005 8190

Seiko 7005 8190, memang jarang sesangat kita jumpa. Aku sendiri berbelah bagi nak labur atau tidak. Selain jam ini, terdapat sebiji lagi Seiko 5 Sport. Harga sama, kondisinya pun sama, tidak terurus.Jam nampak pelek, seperti ada sesuatu yang tidak cukup, iaitu  bezel. Aku rasa seperti bezelnya ditanggalkan. Nampak gonjeng. Akhirnya labur juga selepas runding harga .

 Gambar awal sebelum operasi pembersihan. Bintik-bintik halusl pada cermin adalah titisan cat.Kesan cat juga terdapat pada bahagain bawah bracelet.Bracelet juga banyak calar.
Usaha menanggalkan bracelet juga mengambil masa. Mujur ada lubang di tepi kaki lug. Spring bar juga penuh DNA sipemilik sebelum ini. Menurut penjual, jam adalah milik sendiri. Di tangan penjual terdapat jam pagol 2000, mahu RM400 katanya. Selepas bracelet ditanggalkan, lebih banyak kekotoran yang terserlah.
 Bracelet dengan clasp SEIKO. Jika jam-jam lama dapat dibeli dengan bracelet asal, pada aku ianya satu bonus. Sementelahan ianya cukup-cukup untuk tangan aku.Gambar di bawah menunjukkan bracelet jam juga tidak pernah dicuci. Perkataan "Stelux" sukar dibaca.
Setelah selesai membuang segala daki, barulah digilap dengan autosol bahagian backcase jam.Kemudian baru buka tutup belakang. Maka terserlah le pancaran sinar daripada movement jam 7005A.Wow, meme bersih. Aku cukup puas hati.Lebih bersih daripada movement 7005 yang pernah aku miliki dahulu. Dengan usia belasan atau  puluhan tahun ku tak pasti

Rupa jam selepas selesai kerja pemuliharaan dan pemeliharaan. Dipakaikan dengan tali nato. Bracelet sudah bersinar semula. Muka jam betul-betul bulat. Ini diperkuatkan lagi dengan kaki lug yang kontot. Dengan saiz 39mm, ianya nampak besar.
Penutup belakang jam cukup baik, tiada goresan yang menikam hati.Ini menunjukkan movement ini tidak bermasalah, kerana begitu jarang penutupnya dibuka.
Dengan serial no. 461584, jam ini selewat-lewatnya keluaran Jun 1994 atau paling awal Jun 1984. Aku kurang pasti bila movement 7005 ini mula digunakan. Tetapi melalui semakan menggunakan Seiko Date Production Culculator ianya memberikan tarikh Jun 1974. Tapi rasanya tarikh itu sangat keterlaluan. Mungkin disebabkan penggunan movement 7005 mengambilmasa lebih daripada 10 tahun maka, ianya memberikan tarikh terawal penggunaannya. Jika jam ini dihasilkan pada tahun 1984 , maka wajar kita hargai kemampuan seiko menghasilkan jam berharga rendah dengan kualiti yang sangat baik.

Seiko 7005 8190 ini juga terdapat dalam dial bewarna biru. Hak di atas dial maron. Gambar jam seperti di atas juga boleh dibaca di laman berikut, jelas jam aku ini keadaan ori dan lengkap.
http://jamtanganautomatic.blogspot.com/2012/12/for-sale-seiko-automatic-7005-8190.html
http://www.speedtimerkollektion.com/shop/product_info.php?products_id=2297

Boleh pergi ke link berikut untuk menyemak tarikh jam seiko anda berdasarkan movement dan no sirinya.




Sunday, December 30, 2012

Saturday, December 29, 2012

SEIKO LM 5606 5160 -


Mencari spare part untuk jam-jam lama memang menyakitkan terutama jika pelek sikit daripada yang lain. Contohnya jam Seiko LM 5605 5160 di bawah ni.


Sekali pandang memang nampak ok. Tapi sebenarnya cermin jam dah uzur, maklum le plastik, memang tak nampak dengan mata kasar jika tengok gambar dalam blog ni. Sebaik aku dapat jam ni terus cari di ebay jika ada orang nak jual cerminnya. Malang tak ada pula. Tanya pada Uncle Rama pun tak ada. Susah mahu dapat cermin empat segi, katanya.

Malam ini tergerak hati nak tengok-tengok jika ada di ebay sekali lagi. Ohhhh! Alhamdulillah, malam ni ada. Ada 5 biji lagi tu. Jadi jika ada sesiapa nak mencari spare part seiko lama-lama cuba-cubalah pergi ke http://www.ebay.com/sch/schillachi61/m.html?item=400358307116&ssPageName=STRK%3AMEWAX%3AIT&rt=nc&_trksid=p2047675.l2562

Inilah ropanye cermin jam LM yang dah diorder tu. Harap-harap bersinar le satu-satunya Seiko dress lama aku ni nanti.

Wednesday, December 26, 2012

omega de ville









omega de ville
manual winding
movement tak dapat snap, buka ikut atas
bracelet silver dan tak boleh potong
jalan cantik


Thursday, December 20, 2012

Tissot -

aku tertarik dengan dial jam yang cantik. Telah direlume aku rasa.
jam boy saiz... hadiah untuk isteri.



semasa membeli jam ini aku berbual sikit dengan uncle rama...

U.R : dulu semua spare part murah. Ini gear baru 5 ringgit ( sambil menunjukkan sekotak kecil gear-gear jam yang pelbagai saiz swiss made)
JM : macam-macam brand ada dalam...
UR : gear tak ada gigi pun ada. (sambil menunjukkan contohnya)
JM : uncle ada mesin buat dia punya gigi ke?
UR : mana ada, sendiri buat la, pakai gergaji...
JM : ooooooooo (aku tak boleh bayangkan macam mana nak buat gigi-gigi gear yang halus tu)
UR : sekarang tak boleh buat lagi.....
JM : (uncle boleh repair dan service jam pun sudah bagus)...aku berkata-kata dalam hati.
.......antara perbualan aku fasal spare part jam-jam yang beliau ada.