Sunday, October 30, 2011

Cerita tentang sebuah jam II - sold

Walaupun seorang budak sekolah tua aku tak pandai mengarang cerita sebab aku mengajar berdasarkan fakta. Tapi hari ini nak cerita sedikit juga le. Seperti biasa hari ahad aku akan ke Locken, minggu lepas pun tak pergi. Dah janji dengan tukang jam, ada jam yang nak diservis sebelum nak jual. Cuma bezanya hari ini aku diekori oleh isteri dan anak-anak sebab nak sarapan pagi di Ipoh. Jadi pergi tengok jam dulu, maka berjanji dengan isteri 20 minit aje. Isteri tunggu dalam kereta.

Semasa jumpa tukang jam, Uncle, tengok jam you pakai tu. Orang punya, baru servis, mau jual RMXXX jawab situkang jam. Tadi dia ada sini, depan sana, tambahnya. Setelah beberapa minit menunggu didepan meja lipat tukang jam, akhirnya Uncle Yin bawa aku berjumpa dengan sipemilik jam. Oooooo ini le tuannya. Aku tanpa bercakap banyak terus bertanya, jam masih aku pegang, tak lepas. Betul ke abang nak jual jam ini. Aku minta kepastian. Setelah berunding beberapa minit, terus aku buat keputusan, sementelahan aku teringat isteri dalam kereta. Inilah jam yang paling mahal pernah aku beli di Locken. Dalam masa yang sama juga punah le duit yang aku simpan, cadang nak melabur kat Detikduabelas...nampaknya lambat lagi le aku nak memakai penyu tua empat angka tu.

Abang baru beli jam ni, RMXXX. Marah ke. Tak le jawab isteri selamba aje. Itu yang aku sayang tu, tak pernah kacau hobi aku. Dulu masa aku sibuk menamam bunga, dia tak kisah, janji jangan suruh dia menyiram bunga aku yang penuh keliling rumah.

Aku pun start kereta...jom abang belanja (dengan rasa bersalah).....lama juge dia menunggu dalam kereta.



 Pembelian yang tak disengajakan.

 Sarapan pagi dengan kepala lembu, hari raya korban pun minggu depan aje.

Aku juga terpaksa melepaskan beberapa jam lain untuk menampung pembelian jam ini. Ini dinamakan ekonomi: berbelanja dengan berhemah.



7 comments:

  1. Impulse buy! Hehehe..tapi takpe, yang ini punya berbaloi untuk disimpan :) Tahniah

    ReplyDelete
  2. Rasanya memang untuk disimpan azrul.Yang tak ada chemistry nak kena jual jugalah.

    ReplyDelete
  3. Moral dr cerita kali ni : kalau pandai jaga hati isteri, semua dapat! hehe :)peace

    ReplyDelete
  4. Betul tu Sah kul, pesan arwah ibu saya, suami isteri kena baik pakat.

    ReplyDelete
  5. setuju! Tahniah atas pembelian jam ni!

    ReplyDelete
  6. Asmar,daripada pembelian ini dapat satu pengajaran, kena sabar, insyaallah dapat apa yang kita nak.

    ReplyDelete