Saturday, February 5, 2011

Watch tool for novice

Jika anda mengumpul jam, anda perlu memiliki alat untuk bermain dengan jam. Sekali sekala anda boleh menukar pakaian jam. Seperti jam titoni saya sekarang dah pakai seluar kulit berbanding seluar asalnya ss.

Ada kalanya seluarnya terlalu panjang, maka perlu dipotong. Pergi kedai banyak kosnya, minyak kereta, masa dan upah. Jadi belajar-belajar le buat sendiri. Alat yang saya guna untuk tukar tali jam ialah benda dibawah ini, boleh le di panggil watch band pin remover.


Ini antara cara yang paling mudah. Tiada panduan disediakan. Pandai-pandai le sendiri. Maka saya buat le seperti dibawah.Putarkan handle alat tersebut supaya boleh diletakkan tali jam anda. Pastikan kedudukan pin yang hendak ditanggalkan berada setentang dengan pin pada tool tersebut. Jarum alat tersebut dihalakan ke lubang pin bracelet dan putarkan handle supaya ianya dapat menolah pin bracelet keluar. Video cara penggunaan alat ini boleh dilayari di Internet. Tanya pada pak cik Google.


Alat berbentuk blok di bawah ini juga saya gunakan untuk memotong tali jam. Ianya perlu bebarapa tool lain seperti penukul kecil dan beberapa bilah pin punch ( tak tahu nak panggil apa) ikut saiz yang bersesuaian. Beberapa saat sahaja kerja anda selesai.

Link pin remover


Link pin remover with pin punch set



Selain itu alat dibawah ini juga penting untuk menanggalkan spring bar pada lug supaya dapat ditukar bracelet atau strap jam. Perhatikan mata jarum tu seperti kuku kambing yang dahulu digunakan untuk menanam padi. Jadi saya namakan sahaja alat ini kuku kambing.

Kuku kambing

Untuk membuka case back jenis screw pula anda mesti ada plier/ragum seperti gambar dibawah ini. Maka anda boleh le melihat-lihat movement jam kesayangan. Amaran : jangan buka selalu, nanti dimasuki habuk atau kelembapan.

Cara guna, laraskan skru mengikut saiz case back.

Wajib kepada pengumpul jam antik. Kalau jam baru tak perlu le buka case back sehingga perlu di servis.

Untuk yang berminat memiliki alat permainan ini boleh hubungi saya. Masih ada satu set dalam simpanan saya @ 16 pcs tool set China Made. Jangan malu, mat saleh pun pakai benda China Made ini juga.


No comments:

Post a Comment