Friday, February 4, 2011

TITONI AIRMASTER






Ini adalah jam automatic pertama yang aku pakai selepas meninggalkan bangku sekolah. Jenama titoni pernah aku pakai semasa sekolah rendah. Sebelum itu aku dapat jam digital, tetapi tak sampai beberapa hari jahaman. Aku asyik menekan buttonnya. Bapa aku walaupun hanya seorang buruh masa tu, tapi pakai jam swiss. Seingat aku semasa tingkatan lima aku pernah pakai jam citizen automatic. Tapi semua jam itu entah kemana. Bapak aku minat dengan jam pagol dan tissot. Hingga sekarang inilah jam yang dipakainya. Bila aku masuk ke universiti barulah aku beli jam sendiri. Jadi jam yang aku mampu pakai masa tu hanyalah alba, ianya terbawa-bawa hinggalah aku bekerja. Gaji kecik, manalah nak mampu pakai jam mahal.

Segala-galanya berubah pada tahun lepas apabila jam casio aku putus braceletnya. End linknya tercabut dan hilang semasa menumbangkan kerbau korban. Aku beli jam casio baru dan aku mula minat melayari internet melihat-lihat jam yang cantik. Akhirnya aku jadi pengunjung setia blog jam bahari... hingga sekarang setiap hari aku menatap jam.

Tinggal di Ipoh memberi peluang kepada aku pergi ke Locken setiap Ahad melihat jam-jam lama. Akhirnya jam titoni ini telah menjadikan aku minat dengan jam-jam lama terutamanya jam divers setelah diracuni oleh blog-blog jam. Ianya menyebabkan banyak duit aku bertukar tangan.

Jam titoni ni didatangkan dengan bracelet rice bead, tapi buat sementara waktu dipakaikan dengan strap kulit hitam.

No comments:

Post a Comment