Thursday, February 10, 2011

Projek 7002- 7001

Jam ini dibeli tanpa strap dan bazelnya tiada bunyi click kerana ball bearingnya tiada. Peralatan untuk projek ball bearing ini adalah plier, pena mata bola, pisau kecil.
  1. Tanggalkan bazel jam dengan mata pisau. Cungkil sehingga bazel tertanggal.




  2. Gunakan plier untuk memotong mata pen supaya mata pen boleh dikeluarkan. Sebaik-baiknya dapatkan mata pena bersaiz medium atau lebih. Mata pena "fine" tidak sesuai.


  3. Masukkan ball bearing tadi ke lubang ball bearing pada jam. Berhati-hati kerana ianya sangat kecil. Kalau jari halus bolehlah gunakan jari, atau gunakan hujung screw driver yang bermagnet.
  4. Masukkan semula bazel ke tempat asalnya. Tekan bazel secara seimbang disetiap penjuru sehingga ada bunyi click. Berhati-hati supaya ball bearing tidak terjatuh.
  5. Uji pergerakan bazel. Jika masih longgar atau terlalu ketat bermakna ball bearing tidak sesuai dan perlu cari saiz yang sesuai.


Operasi selesai. Misi berjaya.

Terima kasih Mr Zulekhsan.

No comments:

Post a Comment