Wednesday, March 28, 2012

Rolex buckle



Seiko Knight - NOS?

 Cantik juga jam ni. Aku berkenan kat markernya. Bezel SS,

Serial 401898. NOS? Produksi 2004. Tali rubber, buckle SS, polish. Cuma lug sahaja sangat berlainan daripada kebiasaan seiko diver. Susah nak cari ganti.


antara review yang aku temui ialah http://watchaday.blogspot.com/2008/04/seiko-skxa51-orange-knight-automatic.html




gambar lebih jelas, ambil dari watchaday blogspot

Monday, March 26, 2012

Hand remover tool - sold


ada 2 unit sahaja. SMS jammasa jika berminat

2 sold : Bro Tazali, Tuan Kamal.

Thursday, March 22, 2012

Alat jam -


snap on case back presser
kegunaan lain ? Kena tanya tukang jam le.

Sold : Bro Tazali.


Saturday, March 17, 2012

Orient Mako- Sold







Masih berkilat, jarang pakai sepanjang 2011.
Perhatikan dalam kotak merah. Saya sendiri tak tahu apa bendanya pada cermin bahagian dalam. Masa beli dah ada, sampai rumah baru nampak. Tapi tak ketara dan menjejas fungsi jam ini. Saya biarkan sahaja, sebab tak mahu buka case back. Nak jual sebab nak kurangkan jam dalam simpanan.
Lume masih ok. Masa ambil ni bilik tak terlalu gelap.


Ditawarkan dengan harga RM315 dengan pos laju. ( boleh nego sikit lagi )

Tali zulu 20mm hitam- sold



Thursday, March 15, 2012

Simpan Jam Anda - SOLD


stok terbaru, tapi bilangan terhad RM50

material : pvc
dalam : baldu
simpan 18 hingga 36 biji ikut suka anda
gunakan pelapik baldu berspan untuk asingkan jam sebelum beg ini dilipat 


kemudian zipkan dan simpan dimana anda suka. Nak bawa kemana-mana pun mudah. Kalau nak bersidang di kedai mamak senang dihampar atas meja




Package Alat Jam - RM115


Untuk dijual
Package alat jam untuk jimat kos pos
Package terdiri daripada
alat jam 16 pcs
eye loupe
dust blower
sticky ball ( buka caseback)
spring bar

Sold : ke Kuala Lipis

Alat Jam 18 pcs - sold out

SOLD OUT

Monday, March 12, 2012

SEIKO DIVER 7002 - sold






Jika berminat boleh sms saya
yang kiri (cantik sikit) RM330 (Sold : Hazrin, Johor)
yang kanan (movement 7009)
boleh boleh juga jika nak beli, tapi dengan tali nato/zulu






Seiko Diver generasi 6309 dan 7002 serta skx007 memang cukup mudah menarik minat pengumpul Seiko. Aku tak terkecuali. Pernah satu peringkat aku mempunyai hingga 10 biji Seiko Diver sahaja. Tapi kini bagi anak beranak seiko diver hitam putih ini hanya tinggal 4 ketul sahaja.

Foto di atas adalah seiko diver aku yang paling buruk sekali. Isi perutnya pun telah ditukar, bukan lagi 7002, tetapi movement 7009A. Aku pun tak tahu apa bezanya kedua-duanya, nampak sama sahaja. Tapi aku cukup tabik pada movement 7009A ini. Dahulunya aku ada jam seiko 7005, tapi movement dalamnya 7009. Memang tak pernah mendatangkan masalah langsung.

Mengapa aku simpan jam  buruk ni. Pertama casingnya masih cantik, berbanding dengan sebiji lagi tu, calar teruk berhampiran lugnya. Kedua, dial original ada print 17 Jewels (made in Japan).Tulisan Made in Japan fontnya kecil berbanding jam yang satu lagi. Bezel juga ori. Crown juga dapat dikunci dengan baik. Akhir sekali jam ini gunanya masa aku membuat kerja-kerja diluar rumah. Taklah aku risau kalau bercalar. Talinya dah aku masukkan tali terpakai yang ada dalam stok aku.

Cadangnya aku nak menukar insert bezel dan jarumnya. Tapi terbengkalai. Malahan dah dijual  alat gantinya.

Kalau ada yang nak jam seiko ni, sms jammasa.

Seiko 6139 7002



Jam Seiko Chrono automatik bertaraf second hand antara jam chrono yang mampu dimiliki oleh setiap pengumpul dan peminat jam. Aku pun sama. Tetapi sejak akhir-akhir ini beberapa ketul telah pun aku lepaskan dengan senang hati. Ada antaranya full set. Antaranya 7016 8001 dial biru. Antara warna dial yang aku kurang sikit.

Bagaimanapun pagi ahad kelmarin aku terbeli juga seiko dial biru. Tetapi yang ini lain sedikit, birunya tidak begitu menyerlah, minute track warna putih dan insert ring warna hitam. Jadi aku pun terbeli. Keadaan jam secara keseluruhan pun cukup baik.

Saiz cukup besarnya untuk tangan aku. Dengan saiz 41mm X 44mm. Cermin pemuka juga cukup besarnya dengan diameter 33mm. Jam ini tak ada tachymeter, tetapi ada insert ring terletak di bawah cermin dengan unit ukurun 00 hingga 100, aku pun tak tahu untuk ukur apa.

Push button dan crown dalam keadaan baik. Seperti biasa crown 6139 rapat ke dalam. Jika ditekan akan menukar tarikh. Bracelet jam juga ori, lengkap dengan end link. Bracelet cukup panjang, Pemilik asalnya pasti besar orangnya. aku terpaksa potong, ambil masa juga kerana ianya disambung dengan tube yang sukar nak dikeluarkan. Jarang aku jumpa jam seiko macam ni. Bracelet solid.

Jam in i menggunakan movement 6139B. Movement bersih dan masanya sehinga kini tepat. Dial birunya juga cukup bersih. Carian di internet mendapati jam ini ada pelbagai warna dial, antaranya hitam yang nampak lebih mengancam.  Jam ini telah dijaga denganh baik, bukan hanya disimpan, tetapi dipakai. Ini kerana aku terpaksa mencuci braceletnya terlebih dahulu untuk membuang kotoran.

Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan jam ini. Pada waktu yang sama juga aku dapat lihat seiko 6138 7000 culculator/ slide rule ( 2 biji). Malangnya harganya mencecah RM1000-1200. Jam ini memang cantik.







Friday, March 9, 2012

Ricoh -

Jam ni cantik pada hand dan markernya yang nampak klasik

Movement bersih, tak ada masalah. Boleh kunci.


Saiz jam 31mm
Lug ke lug  42mm
Saiz lug 20mm
Koleksi saya untuk dijual.
RM140 dengan pos laju.

Sold : asal KL, balik ke KL - Tuan Norzani.

Cara setting day dan date

1. tarik crown dan putar sehingga dapat day dahulu. Contoh Hari Jumaat.
2. Langkah kedua baru setting date, contoh nak dapatkan 23 hb
   i - pusing crown, apabila masuk 12 malam, day (jumaat) akan bergerak nak masuk ke sabtu
    ii- apabila  day sampai separuh jumaat dan separuh sabtu , date akan bergerak, contoh dari 20 haribulan akan bertukar  ke 21 hb, berhenti pusing crown , dan kemudian undur crown arah lawan jam,
    iii- day akan berundur ke belakang, terus pusing crown arah lawan jam  sehingga day menjadi jumaat semula dan  berhenti memusing arah lawan jam apabila sepenuhnya hari jumaat
    - untuk mendapatkan hari jumaat, 23 hb, terus ulangi langkah i, ii dan iii, akhirnya anda akan dapat
      jumaat, 23 hb.,( day berada ditengah-tengah antara jumaat dan sabtu). Maka anda perlu mengundur kebelakang 23jam  jika mahu pukul 1 pagi atau mengundur 12 jam jika mahu 12 tengahari.

-memang pening nak menerangkan, untuk pengetahuan semua, saya baru tahu nak operate day date ni minggu lepas, apabila saya berkira-kira nak jual jam ni. Setahun lamanya saya biarkan sahaja day date tak bersetting.

 






Wednesday, March 7, 2012

Tali Zulu Brown - Cantik

Tali zulu brown 20mm dari US



Pesanan online : Mr. Hairel

Pertama kali order warna brown/coklat dengan pvd ring. Kualiti jahitan kemas. Panjang 11inci/27mm.




Saturday, March 3, 2012

Cerita Tukang Jam

Hari ini cuaca di Ipoh mendung  Akhirnya hujun pun turun. Hujan pun hujanlah. Aku keluar ke kedai tukang jam aku. Mungkin dah siap jam aku yang yang dihantar 3-4 hari lepas. Rupa-rupanya belum siap. Akhirnya aku berbual-bual sahaja, sementelahan hujan semakin melebat di Pekan (Lama) Ipoh.

Cerita 1. Ini jam Kienzle ( pocket watch) tunjuk Uncle Rama. Orang hantar repair ke? Bukan , saya punya, nak jual. Lebih kurang RM400. Aku tak minat sangat jam-jam macam tu. Mingkin belum lagi. Tapi aku tertarik dengan tulisan Cina pada dail jam tersebut. Aku tahu ianya ialah. Tam Tam. Aku pun bertanya betul ke Tulisan Tam Tam itu dibuat untuk pasaran Ipoh, seperti yang aku pernah dengar. Bukanlah, balas Uncle Rama. Kata beliau, perkataan Tam Tam itu timbul di Hong Kong. Apabila orang-orang Cina Hong Kong sukar nak menyebut nama Kienzle, mereka hanya merujuknya sebagai Tam Tam, yang bermaksud alarm. Seperti yang kita tahu Kienzle banyak memngeluarkan jam loceng serta jam dinding. Justeru melihat kesukaran pembeli-pembelinya nak menyebut perkataan Kienzle, maka perkataan Tam Tam diberi kepada jam-jam Kienzle ( mungkin untuk pasaran sebelah timur) Perkataan itu pula dicetak dalam bahasa Cina untuk memudahkan urusan jual beli. Oooooooooooooooooo, macam tu, balas aku.

Cerita 2: Uncle sudah lama ke kerja repair jam. Saya mula umur 15 tahun. Habis sekolah di tingkatan 2 sebab bapa tak mampu bayar yuran, tambah Uncle Rama. Menurutnya beliau belajar di kedai jam Cina selama 3 bulan. Beliau terpaksa membayar yuran yang dikira tinggi pada waktu itu.Selepas mendapat kemahiran beliau mula bekerja di kedai-kedai jam dengan gaji permulaan $30 sebulan. $ 1 sehari. Akhirnya dalam tahun 70an Uncle Rama mula membuka kedai jam pertamanya di Pekan Lama Ipoh. Sekarang kedai Uncle Rama terletak di Jalan Panglima, Ipoh.

Cerita 3: Hari ini aku bertuah juga sebab dapat melihat banyak ketul juga jam yang disimpannya. Omega ( katanya tahun 1940an)0- nak RM2000 lebih, satu biji Omega dial biru yang besar full set,omega quartz 18K gold dengan buckle ori, titoni, cyma gold top, bulova, titus gold top, seiko 6309 6000 serta beberapa jenama yang aku tak pernah dengar, maka tak dapat nak ingat masa menulis entry ini. Antaranya jam  yang satu syarikat dengan Ulysse Nardin ( ada lambang sauh kat belakang)- nama jam ini Elka Super (rm800), dan kebanyakkan jam-jam yang aku tak pernah kenal ini  boy saiz. Mungkin itu lah saiz-saiz jam waktu itu. Jam-jam tersebut hanya dimasukkannnya ke dalam beg plastik. Menurut Uncle Rama, dalam tahun-tahun 50an dahulu jam-jam terpakai masih murah ( jika dibanding dengan wang sekarang). Jam Rolex boleh dibeli dengan harga $30, Omega $10. Jam-jam biasa pun banyak boleh dibeli serendah $1 hingga 2. Aku pun macam tak percaya. Tapi bila difikir semula ada kebenarannya. Aku sendiri pernah naik bas dengan tambang 5 sen semasa darjah 1 pada tahun 1976. Menurut beliau tak rugi beli jam, ianya seperti satu investmen, terutama jam kesukaan ramai, iaitu omega dan rolex. Sekarang ni pun, kalau dia ada omega dan rolex dalam laci jamnya, selalu ditunjukkan kepada aku.

Banyak lagi cerita Uncle Rama tadi, termasuk cerita tentang kesusahan hidup zaman kanak-kanaknya dahulu  tapi tak dapat nak ingat semuanya. Dirumah beliau banyak lagi jam, aku dengar pun macam tak percaya. Tapi apa nak hairan, beliau tukang baiki jam. Anaknya sudah dilatih untuk menggantikannya.

Thursday, March 1, 2012

Seiko 7S26 0050 - stok lama




Petang tadi jalan-jalan ke kedai jam. Jam ini rasanya dah tak dikeluarkan lagi. Dulu aku pernah memiliki jam ini, tapi dah jual. Saiznya lebih kecik daripada seiko diver SKX007
Price tag kedai RM699