Saturday, March 3, 2012

Cerita Tukang Jam

Hari ini cuaca di Ipoh mendung  Akhirnya hujun pun turun. Hujan pun hujanlah. Aku keluar ke kedai tukang jam aku. Mungkin dah siap jam aku yang yang dihantar 3-4 hari lepas. Rupa-rupanya belum siap. Akhirnya aku berbual-bual sahaja, sementelahan hujan semakin melebat di Pekan (Lama) Ipoh.

Cerita 1. Ini jam Kienzle ( pocket watch) tunjuk Uncle Rama. Orang hantar repair ke? Bukan , saya punya, nak jual. Lebih kurang RM400. Aku tak minat sangat jam-jam macam tu. Mingkin belum lagi. Tapi aku tertarik dengan tulisan Cina pada dail jam tersebut. Aku tahu ianya ialah. Tam Tam. Aku pun bertanya betul ke Tulisan Tam Tam itu dibuat untuk pasaran Ipoh, seperti yang aku pernah dengar. Bukanlah, balas Uncle Rama. Kata beliau, perkataan Tam Tam itu timbul di Hong Kong. Apabila orang-orang Cina Hong Kong sukar nak menyebut nama Kienzle, mereka hanya merujuknya sebagai Tam Tam, yang bermaksud alarm. Seperti yang kita tahu Kienzle banyak memngeluarkan jam loceng serta jam dinding. Justeru melihat kesukaran pembeli-pembelinya nak menyebut perkataan Kienzle, maka perkataan Tam Tam diberi kepada jam-jam Kienzle ( mungkin untuk pasaran sebelah timur) Perkataan itu pula dicetak dalam bahasa Cina untuk memudahkan urusan jual beli. Oooooooooooooooooo, macam tu, balas aku.

Cerita 2: Uncle sudah lama ke kerja repair jam. Saya mula umur 15 tahun. Habis sekolah di tingkatan 2 sebab bapa tak mampu bayar yuran, tambah Uncle Rama. Menurutnya beliau belajar di kedai jam Cina selama 3 bulan. Beliau terpaksa membayar yuran yang dikira tinggi pada waktu itu.Selepas mendapat kemahiran beliau mula bekerja di kedai-kedai jam dengan gaji permulaan $30 sebulan. $ 1 sehari. Akhirnya dalam tahun 70an Uncle Rama mula membuka kedai jam pertamanya di Pekan Lama Ipoh. Sekarang kedai Uncle Rama terletak di Jalan Panglima, Ipoh.

Cerita 3: Hari ini aku bertuah juga sebab dapat melihat banyak ketul juga jam yang disimpannya. Omega ( katanya tahun 1940an)0- nak RM2000 lebih, satu biji Omega dial biru yang besar full set,omega quartz 18K gold dengan buckle ori, titoni, cyma gold top, bulova, titus gold top, seiko 6309 6000 serta beberapa jenama yang aku tak pernah dengar, maka tak dapat nak ingat masa menulis entry ini. Antaranya jam  yang satu syarikat dengan Ulysse Nardin ( ada lambang sauh kat belakang)- nama jam ini Elka Super (rm800), dan kebanyakkan jam-jam yang aku tak pernah kenal ini  boy saiz. Mungkin itu lah saiz-saiz jam waktu itu. Jam-jam tersebut hanya dimasukkannnya ke dalam beg plastik. Menurut Uncle Rama, dalam tahun-tahun 50an dahulu jam-jam terpakai masih murah ( jika dibanding dengan wang sekarang). Jam Rolex boleh dibeli dengan harga $30, Omega $10. Jam-jam biasa pun banyak boleh dibeli serendah $1 hingga 2. Aku pun macam tak percaya. Tapi bila difikir semula ada kebenarannya. Aku sendiri pernah naik bas dengan tambang 5 sen semasa darjah 1 pada tahun 1976. Menurut beliau tak rugi beli jam, ianya seperti satu investmen, terutama jam kesukaan ramai, iaitu omega dan rolex. Sekarang ni pun, kalau dia ada omega dan rolex dalam laci jamnya, selalu ditunjukkan kepada aku.

Banyak lagi cerita Uncle Rama tadi, termasuk cerita tentang kesusahan hidup zaman kanak-kanaknya dahulu  tapi tak dapat nak ingat semuanya. Dirumah beliau banyak lagi jam, aku dengar pun macam tak percaya. Tapi apa nak hairan, beliau tukang baiki jam. Anaknya sudah dilatih untuk menggantikannya.

5 comments:

  1. hehe, balik ni teman nk jumpe dia gak. layan dia sembang...dengo dia mengajo kita pasal jam tu yg syok..anak dia tau buat jam bateri je, manjang je ilang.heheh

    ReplyDelete
  2. sparepart dekat dia banyak bang...balance wheel yg model 30an pun boleh dapat lagi...kalau x de , dia roger pulak dia punya runner yg slalu turun ke belah india sana

    ReplyDelete
  3. betul tu amar, uncle tu pernah ajar melayu, cina , india. India tu cabut lari, melayu tu jadi pandai dalam tempoh setahun, Cina tu dah meninggal kemalangan semasa kerja. Saya teringin juga nak belajar, sekurang-kurangnya nak betul jam saya yang selalu cepat dua tiga minit ni.

    ReplyDelete
  4. Lagi satu amar, bila ada sparepart, dia tak modified untuk baiki jam kita. sesetengah tukang dia modified atau masuk barang lain. Saya dah kena, Jumpa uncle rama, kena buat semula.

    ReplyDelete
  5. slm..ada lg x kedai dan uncle rama ni?

    ReplyDelete