Monday, March 12, 2012

SEIKO DIVER 7002 - sold






Jika berminat boleh sms saya
yang kiri (cantik sikit) RM330 (Sold : Hazrin, Johor)
yang kanan (movement 7009)
boleh boleh juga jika nak beli, tapi dengan tali nato/zulu






Seiko Diver generasi 6309 dan 7002 serta skx007 memang cukup mudah menarik minat pengumpul Seiko. Aku tak terkecuali. Pernah satu peringkat aku mempunyai hingga 10 biji Seiko Diver sahaja. Tapi kini bagi anak beranak seiko diver hitam putih ini hanya tinggal 4 ketul sahaja.

Foto di atas adalah seiko diver aku yang paling buruk sekali. Isi perutnya pun telah ditukar, bukan lagi 7002, tetapi movement 7009A. Aku pun tak tahu apa bezanya kedua-duanya, nampak sama sahaja. Tapi aku cukup tabik pada movement 7009A ini. Dahulunya aku ada jam seiko 7005, tapi movement dalamnya 7009. Memang tak pernah mendatangkan masalah langsung.

Mengapa aku simpan jam  buruk ni. Pertama casingnya masih cantik, berbanding dengan sebiji lagi tu, calar teruk berhampiran lugnya. Kedua, dial original ada print 17 Jewels (made in Japan).Tulisan Made in Japan fontnya kecil berbanding jam yang satu lagi. Bezel juga ori. Crown juga dapat dikunci dengan baik. Akhir sekali jam ini gunanya masa aku membuat kerja-kerja diluar rumah. Taklah aku risau kalau bercalar. Talinya dah aku masukkan tali terpakai yang ada dalam stok aku.

Cadangnya aku nak menukar insert bezel dan jarumnya. Tapi terbengkalai. Malahan dah dijual  alat gantinya.

Kalau ada yang nak jam seiko ni, sms jammasa.

3 comments:

  1. insert bezel yg aftermarket mmg cun tapi no 10 nya bbeza dgn yg ori..nak kena cari yg lebih seiras (kalau ada). Plus, aku lebih suka straight vent rubber strap...cun gitu hehe

    ReplyDelete
  2. insert bezel no 10 seperti ori ada kat side bar sebelah sah kul.Ada satu lagi. Straigt vent rubber aku ada simpan satu, dapat masa beli jam dgn bro detikdua belas. Bucklenya cantik ss.

    ReplyDelete