Friday, March 9, 2012

Ricoh -

Jam ni cantik pada hand dan markernya yang nampak klasik

Movement bersih, tak ada masalah. Boleh kunci.


Saiz jam 31mm
Lug ke lug  42mm
Saiz lug 20mm
Koleksi saya untuk dijual.
RM140 dengan pos laju.

Sold : asal KL, balik ke KL - Tuan Norzani.

Cara setting day dan date

1. tarik crown dan putar sehingga dapat day dahulu. Contoh Hari Jumaat.
2. Langkah kedua baru setting date, contoh nak dapatkan 23 hb
   i - pusing crown, apabila masuk 12 malam, day (jumaat) akan bergerak nak masuk ke sabtu
    ii- apabila  day sampai separuh jumaat dan separuh sabtu , date akan bergerak, contoh dari 20 haribulan akan bertukar  ke 21 hb, berhenti pusing crown , dan kemudian undur crown arah lawan jam,
    iii- day akan berundur ke belakang, terus pusing crown arah lawan jam  sehingga day menjadi jumaat semula dan  berhenti memusing arah lawan jam apabila sepenuhnya hari jumaat
    - untuk mendapatkan hari jumaat, 23 hb, terus ulangi langkah i, ii dan iii, akhirnya anda akan dapat
      jumaat, 23 hb.,( day berada ditengah-tengah antara jumaat dan sabtu). Maka anda perlu mengundur kebelakang 23jam  jika mahu pukul 1 pagi atau mengundur 12 jam jika mahu 12 tengahari.

-memang pening nak menerangkan, untuk pengetahuan semua, saya baru tahu nak operate day date ni minggu lepas, apabila saya berkira-kira nak jual jam ni. Setahun lamanya saya biarkan sahaja day date tak bersetting.

 






1 comment:

  1. Tuan, nak tukar day - macam biasa, tarik sikit je crown then boleh tukar day. Nak tukar date tu best sikit, ada cara tarik crown tu, dia tukar date 1->2->3 ..... tak sengaja terjumpa

    ReplyDelete