Monday, November 12, 2012

"Hadiah" untuk jam-jam aku

Tahun 2012 semakin hampir ke penghujung. Bagi aku mudah sahaja, kalau bermula cuti persekolahan akhir tahun, semakin hampirlah ke penghujung tahun. Ramai ibu bapa pun mulalah membawa anak-anak berjalan makan angin.

Kali ini aku menuju ke utara. Aku tidaklah mahu bercerita tentang pejalanan tersebut. Sementelahan kamera aku duduk dalam beg memanjang. Apa yang menarik minat aku hanyalah kedai-kedai jam yang mungkin akan aku temui sepanjang perjalanan.

Hari pertama aku ke Alor Setar. Malangnya kehadiran aku disambut dengan hujan lebat. Tidak banyak kedai jam yang aku jumpa. Ada yang tidak dapat aku masuk pun kerana masalah parkir serta kasihan juga kepada anak aku, "abah ni, asyik-asyik jam aja", kata sikecil. Yelah, aku bawa  berjalan makan angin ni pun untuk mereka.

Hari kedua aku ke Bukit Kayu Hitam. Mulanya nak ke Padang Besar. Teringat coretan Bro Asmar Dunia jam tentang kedai jam di sana. tetapi di pertengahan perjalanan terpaksa tukar haluan ke BKH kerana kesuntukan masa. Dapatlah juga tengok jam-jam yang ada di Duty Free Shop. Biasa sahaja, tak ada bezanya dengan kedai-kedai lain.

hanya ini sahaja yang dapat aku snap berlatar belakangkan pemandangan Alor Setar

skx009J diberi kepercayaan mengatur masa sepanjang perjalanan aku

Kemudian aku bertolak balik dan terus ke Pulau Pinang. Nak tidur semalam di Pulau Pinang. Di sini barulah aku berpeluang masuk ke banyak kedai jam terutama di Queensbay Mall. Di situ satu sahaja jam yang menarik minat iaitu Casio G Shock. Aku masih mencari satu G Shock yang mungkin menjadi GS yang pertama untuk aku. Sesuatu yang lain daripada sekian banyak GS yang pada pandangan mata kasar aku susah nak dibezakan dengan sekali pandang. Akhirnya aku jumpa GS Frogman Limited edition dengan potongan hujung strap seperti sirip ikan. Mak aiii! harga RM1800++. Lepas diskaun pun baru RM1600++. Kamera pulak tak bawa nak snap gambar. Nak guna hand phone malas, kualiti gambar rendah.

Hari ketiga aku ke kawasan sekitar Komtar. Awal sangat...kedai pun baru buka. Aku ternampak Kedai Jam Tat Ming. Menarik kedai jam ini. Pertamanya sebab ada pelbagai jenis jam termasuk jam dinding jenama Hermle buatan Germany. Harganya dua ribu ke atas. Jam tiga kunci yang kebanyakannya Westminter Chime. Menarik ni....nanti kalau ada rezeki boleh cari satu. Beli baru pasti puas hati.
Dalam kedai jam Tat Ming ni banyak jam swiss new old stock seperti Roamer, West End, Bulova, tapi harga ,masih ribu riban lagi. Sebab kedua aku suka kedai ni, towkehnya tak tanya mahu cari jam apa. Dia tak mengekor aku pun. Ketiga aku suka cara displaynya terutama penggunaan almari kaca, nampak klasik berbanding kedai-kedai jam yang lain.

Seperti biasa aku mesti bawa cenderamata balik...nak mengubat mata aku yang tercedera masa melihat beratus-ratus jam sepanjang tiga hari ni. Kali ini bukan jam, tetapi tempat istirehat baru untuk jam-jam aku.Aku harap ini kotak jam terakhir aku beli...


"cederamata"....khas untuk jam-jam aku

dirasmikan oleh jam dua ketul ni...

# terima kasih pada isteri aku yang memberi lampu hijau untuk pembelian "cederamata" diatas







Sunday, November 4, 2012

Pagol - foto yang menusuk jiwa peminatnya

Pagol - antara jam yang ramai peminat. Jika diberi pilihan antara Pagol dan Titoni, aku pilih Pagol. Ini kerana ianya lebih sukar diperolehi. Perkara lain yang menarik minat aku ialah pokok palma yang menjadi hiasan muka jam Pagol. Aku pernah memiliki beberapa biji Pagol sebelum ini seperti M7, V5 dan 707. Setelah koleksi aku meningkat banyak, jam-jam tersebut mula dijual kerana tdak dipakai. Ayat biasa seorang pengumpul jam, yang dah lepas tak akan dapat kembali.

Pagi ini memang langkah kanan, sebiji Pagol terhidang di depan mata. Wang boleh dicari, tapi nak jumpa sebiji jam yang cantik jarang sekali. Pagol 1000 menjadi koleksi terkini.






putih hitam kehidupan diwarnai pagol

Saturday, November 3, 2012

Seiko UFO ada Awan Nano

 Seiko 6138 0011 UFO - jam ini tak ada isu dengan kelancaran terbangannya. Memang lancar.
Masalah hanya timbul apabila cuaca sejuk di dalam "cockpit" kereta aku apabila jam yang dipakai di tangan kiri ini berhadapan dengan tujahan air-cond. Ini mengakibatkan "awan" terbentuk di bawah crystalnya. Terpaksa jemur sekejap nak menghilangkan pemeluwapan. 
Selepas kena dua tiga kali, memang kita tahu jam ini ada masalah besar. Kalu dibiar mungkin akan menjejaskan movement jam dalam jangkamasa panjang.

Jam dibawa berjumpa doktor jam. Masalah jam pun diceritakan dengan penuh semangat. Doktor hanya pegang dan belek-belek jam. Doktor menjelaskan bahawa puncanya adalah getah gasket pada case back , crown dan pusher button perlu ditukar baru. Malangnya doktor tak ada alat-alat ganti. Maka timbul pula masalah kedua. Gambar di atas adalah contoh gasket yang dah rosak.

Ada sesiapa tahu dimana saya boleh dapatkan gasket-gasket di atas termasuk gasket untuk cermin jam dengan harga berpatutan.

Thursday, November 1, 2012

Cyma Navystar - SOLD

 Jam Cyma pertama aku. Jam ni manual winding. Dah lama tak pakai jam manual. Rupa jam ni memang menawan. Ramai juga terpikat bila dimasuk dalam blog.
Jam ini dibeli ketika aku masih demam dengan Oris Moonphase. Jadi Cik Cyma ni duduk dalam kotak aja le. Sementelahan aku tak berapa suka dengan tali jam tersebut. Jadi kita tukar aja. Masalahnya bila tukar bukan semestinya sesuai.
Jadi Cyma dipakaikan dengan tali kan Doxa aku, sebab lugnya 20mm.
Saiz jam 34mm - kira-kira saiz piawai untuk jam dress lama-lama.
Tapi masih belum memuaskan hati aku untuk memakai jam ni pergi kerja.
Tali 20mm yang lain pun tak ada.

akhirnya

dipakaikan dengan leather nato. Malangnya tali nato panjang, tak sesuai nak lipat hujung tali nato tu. Maka aku potong dua inci. Barulah aku puashati nak pakai Si Cyma ni pergi kerja.

Teruskan menatap wajah Cyma (Shima) kesayangan hamba ni...




 Ada sticker

 Crown cantik
 Serial number
 Cantik lagi
Dibeli daripada pemborong jam lama
Spring bar sudah dimamah usia. Tapi jam masih cantik.
Rasanya jam ni cantik dengan tali kulit dark brown atau kemerah-merahan sikit.



TELAH DIJUAL AKHIRNYA PADA 12 APRIL 2013