Tuesday, February 15, 2011

Reading about seiko diver

http://www.network54.com/Forum/78440/message/1044407765/Historical+stuff+about+6306-6309+150m+diver's+watches+(scan)

Bagi sesiapa yang nak mengumpul seiko diver sangatlah digalakkan untuk mencari maklumat mengenainya. Ianya supaya kita mengenal sejarah dan ciri-ciri asas setiap model. Dalam posting ini aku letakkan beberapa rujukan yang aku baca untuk mengenali seiko diver. Daripada rujukan-rujukan ini kita dapat mengenali sesuatu jam itu dalam rupa sebenarnya ataupun telah dimodified/franken watch.
Reading :http://www.makedostudio.com/watches/seiko-divers/




Sunday, February 13, 2011

Bagaimana menggunakan tachymeter.

Jika anda menggunakan jam chronograph, kebiasaannya terdapat bezel yang mencatatkan skala tachymeter. Apakah fungsi dan bagaimana menggunakan tachymeter tersebut. Selepas bertanya pada pak cik google, inilah yang saya dapat:http://www.hanowa.ch/Users-Manuals/Tachymetreonanalogwatch.pdf

Tachymeter on analog watches.
On some of the analog watches or wristwatches from Swiss Military-Hanowa, there is an outer scale bezel that inscribed around the rim and named tachymeter (also known as tachymeter or tacheometer). If you flip through the watch’s user guide or manual, you will not likely to find any explanation or definition on what is tachymeter or how to use the tachymeter functionality. Tachymeter is actually a tool used to compute speed based on travel time over a fixed distance travelled (like one mile or one kilometre). Thus, the tachymeter bezel or dial is a logarithmic scale (actually it’s not, as spacings between the marks on the tachymeter dial are proportional to 1/t where t is the elapsed time) that simplifies the computation of speed of an object, by computing the following function: Tachymeter Dial = 3600 / Elapsed Time In Seconds.

Depending on the range of the scale printed on the bezel, tachymeter timer normally works and valid for all elapsed times from about 7.2 seconds to 60 seconds, thus only able to measure speed greater than 60 miles per hour or 60 Kilometres per hour.

To use tachymeter, simply start the chronograph or stopwatch when the object measured passing the starting line. When the object reaches the next mile or Kilometre marker, stop the chronograph or stopwatch. The point on the tachymeter scale that adjacent to the second hand of the watch indicating the speed (in miles per hour or kilometres per hour) of object travelling between the two points. For example, we want to measure the average speed of a vehicle is moving. Start the chronometer or stopwatch function when the car passes the starting line, and stop the timer after the vehicle travelled exactly 1 mile or 1 kilometre. Then look at where the chronometer hand (the second hand of the watch) is pointing to, and get the reading or value of the corresponding number at the tachymeter bezel or dial. Let’s say the stopwatch stop at 3 o’clock position, meaning 15 seconds had elapsed for the car to travel 1 mile or 1 kilometre. At 3 o’clock position, the tachymeter value shows that number of 240, which means the average speed of the vehicle, was 240 mph or km/h.

Due to the limitation and constraint on the tachymeter scale mentioned above which makes tachymeter measurements works and valid only for certain range of speed, so in order to calculate and measure slower speeds or higher speed, user can decrease or increase the unit of measurement (e.g. change to half-miles or half-kilometres, or ten miles or ten kilometres). However, simple calculation is needed in order to get the correct average speed by using this technique. It’s also true if the length of the distance does not exceed a unit of mile or kilometre, or other unit, which the speed will be based on. For example, if we want to measure how fast the 200m athletes is running. Start the chronometer when the race starts, and stop the stopwatch when athlete crosses the finishing line. Let’s say the athlete used 20 seconds to finish 200m running, so according to tachymeter, the speed of the athlete is 180 km/h. However, the athlete only ran one fifth (1/5) of a kilometre, so we should divide 180 with 5 or 1/5 of 180, which mean the actual speed of the runner is 36 km per hour.The above example can be used for object or thing that moving too slowly too, as when the object travels 1 mile or 1 kilometre, the duration would have exceed 60 seconds, the maximum limit of tachymeter. So the possible workaround is to measure the time taken for the object to move a shorter distance (such as 100m) and divide the tachymeter value with 10 (as 100m is 1/10 of a kilometre).

Example: Swiss Military-Hanowa Navigator Pro, featuring a Tachymeter on the bezel showing speed of 160 km per hour.What if the object travels too fast, such as a rocket or plane? In this case, user can increase the units of the distance covered by the object to measure a longer period of time so that the duration is greater than at least 7.2 seconds (typically the lower limit). We can measure the time taken by the object to cover 10 miles, let’s say it took 30 seconds, so the tachymeter will tell us the speed is 120 miles per hour. However, 10 miles have been travelled, so that actual speed is 120 times 10, which is 1200 mph.

Gambar bawah ini adalah jam seiko helmet yang ada tachymeter. Keistimewaan helmet ini, tacchmeternya terletak pada inner ring, bukannya di bezel seperti bullhead6138-0040 atau 6138-0030.



http://www.thewatchsite.com/index.php?topic=5880.0

Thursday, February 10, 2011

Orange Monster



Minggu ini adalah minggu Orange Monster, lebih-lebih lagi kerana ramai blogger mengupload foto OM masing-masing. Kebetulan minggu ini juga aku memakai OM ke tempat kerja.

Projek 7002- 7001

Jam ini dibeli tanpa strap dan bazelnya tiada bunyi click kerana ball bearingnya tiada. Peralatan untuk projek ball bearing ini adalah plier, pena mata bola, pisau kecil.
  1. Tanggalkan bazel jam dengan mata pisau. Cungkil sehingga bazel tertanggal.




  2. Gunakan plier untuk memotong mata pen supaya mata pen boleh dikeluarkan. Sebaik-baiknya dapatkan mata pena bersaiz medium atau lebih. Mata pena "fine" tidak sesuai.


  3. Masukkan ball bearing tadi ke lubang ball bearing pada jam. Berhati-hati kerana ianya sangat kecil. Kalau jari halus bolehlah gunakan jari, atau gunakan hujung screw driver yang bermagnet.
  4. Masukkan semula bazel ke tempat asalnya. Tekan bazel secara seimbang disetiap penjuru sehingga ada bunyi click. Berhati-hati supaya ball bearing tidak terjatuh.
  5. Uji pergerakan bazel. Jika masih longgar atau terlalu ketat bermakna ball bearing tidak sesuai dan perlu cari saiz yang sesuai.


Operasi selesai. Misi berjaya.

Terima kasih Mr Zulekhsan.

Saturday, February 5, 2011

Watch tool for novice

Jika anda mengumpul jam, anda perlu memiliki alat untuk bermain dengan jam. Sekali sekala anda boleh menukar pakaian jam. Seperti jam titoni saya sekarang dah pakai seluar kulit berbanding seluar asalnya ss.

Ada kalanya seluarnya terlalu panjang, maka perlu dipotong. Pergi kedai banyak kosnya, minyak kereta, masa dan upah. Jadi belajar-belajar le buat sendiri. Alat yang saya guna untuk tukar tali jam ialah benda dibawah ini, boleh le di panggil watch band pin remover.


Ini antara cara yang paling mudah. Tiada panduan disediakan. Pandai-pandai le sendiri. Maka saya buat le seperti dibawah.Putarkan handle alat tersebut supaya boleh diletakkan tali jam anda. Pastikan kedudukan pin yang hendak ditanggalkan berada setentang dengan pin pada tool tersebut. Jarum alat tersebut dihalakan ke lubang pin bracelet dan putarkan handle supaya ianya dapat menolah pin bracelet keluar. Video cara penggunaan alat ini boleh dilayari di Internet. Tanya pada pak cik Google.


Alat berbentuk blok di bawah ini juga saya gunakan untuk memotong tali jam. Ianya perlu bebarapa tool lain seperti penukul kecil dan beberapa bilah pin punch ( tak tahu nak panggil apa) ikut saiz yang bersesuaian. Beberapa saat sahaja kerja anda selesai.

Link pin remover


Link pin remover with pin punch set



Selain itu alat dibawah ini juga penting untuk menanggalkan spring bar pada lug supaya dapat ditukar bracelet atau strap jam. Perhatikan mata jarum tu seperti kuku kambing yang dahulu digunakan untuk menanam padi. Jadi saya namakan sahaja alat ini kuku kambing.

Kuku kambing

Untuk membuka case back jenis screw pula anda mesti ada plier/ragum seperti gambar dibawah ini. Maka anda boleh le melihat-lihat movement jam kesayangan. Amaran : jangan buka selalu, nanti dimasuki habuk atau kelembapan.

Cara guna, laraskan skru mengikut saiz case back.

Wajib kepada pengumpul jam antik. Kalau jam baru tak perlu le buka case back sehingga perlu di servis.

Untuk yang berminat memiliki alat permainan ini boleh hubungi saya. Masih ada satu set dalam simpanan saya @ 16 pcs tool set China Made. Jangan malu, mat saleh pun pakai benda China Made ini juga.


Friday, February 4, 2011

TITONI AIRMASTER






Ini adalah jam automatic pertama yang aku pakai selepas meninggalkan bangku sekolah. Jenama titoni pernah aku pakai semasa sekolah rendah. Sebelum itu aku dapat jam digital, tetapi tak sampai beberapa hari jahaman. Aku asyik menekan buttonnya. Bapa aku walaupun hanya seorang buruh masa tu, tapi pakai jam swiss. Seingat aku semasa tingkatan lima aku pernah pakai jam citizen automatic. Tapi semua jam itu entah kemana. Bapak aku minat dengan jam pagol dan tissot. Hingga sekarang inilah jam yang dipakainya. Bila aku masuk ke universiti barulah aku beli jam sendiri. Jadi jam yang aku mampu pakai masa tu hanyalah alba, ianya terbawa-bawa hinggalah aku bekerja. Gaji kecik, manalah nak mampu pakai jam mahal.

Segala-galanya berubah pada tahun lepas apabila jam casio aku putus braceletnya. End linknya tercabut dan hilang semasa menumbangkan kerbau korban. Aku beli jam casio baru dan aku mula minat melayari internet melihat-lihat jam yang cantik. Akhirnya aku jadi pengunjung setia blog jam bahari... hingga sekarang setiap hari aku menatap jam.

Tinggal di Ipoh memberi peluang kepada aku pergi ke Locken setiap Ahad melihat jam-jam lama. Akhirnya jam titoni ini telah menjadikan aku minat dengan jam-jam lama terutamanya jam divers setelah diracuni oleh blog-blog jam. Ianya menyebabkan banyak duit aku bertukar tangan.

Jam titoni ni didatangkan dengan bracelet rice bead, tapi buat sementara waktu dipakaikan dengan strap kulit hitam.

Thursday, February 3, 2011

Manual seiko divers

Rujuk kat sini kalau nak baca manual paper diver 7002, 7s26

www.seikowatches.com/support/ib/pdf/SEIKO_7S26_35_36.pdf

www.seikowatches.com/support/ib/pdf/SEIKO_7002.pdf

www.seikowatches.com/support/ib/.../SEIKO_7C46_7N36_7N85_V736.pdf

Sesuatu yang mungkin kita tak tahu....


1 Do not change the calendar between 9:00 p.m. and 4:00 a.m. Otherwise, it may not change properly.
* If it is necessary to set the calendar during that time period, first change the time to any time outside this period, set the calendar and then reset the correct time.
2 It is necessary to adjust the date at the end of February and 30-day months.
.....daripada manual paper

Thursday, January 27, 2011

SEIKO DIVER 6309 7049

Hari ini jam yang aku tunggu dah sampai diver 6309 7049. Jadi jam 6309 729A aju dah ada kawannya.Aku dah test dari pukul 5.30 petang tadi hingga kini, masanya berjalan lancar. Dail dan insert bazel aftermarket, maka nampak elok pada pandangan mata. Crown masih boleh lock dengan baik. Bazel longgar sedikit...tapi bersesuaian dengan usianya.

Jam ni dah lama aku cari yang mampu aku bayar dan sedap mata memandang. Dalam blog sebelum ini ada beberapa ketul, kebanyakan parts adalah asal, tetapi harganya faham-fahamlah. Kalau dilihat dalam blog luar negara dan eBay pun harganya boleh tahan. Masalah di Ebay ialah kita kena bayar kos penghantaran antara US$15-25. (RM45-76) ikut kadar sekarang ini. Kita juga kena ada akaun Paypal dan mahir dengan selok belok bidaan. Jalan lebih menenangkan fikiran cari dari sumber dalam negara. Cuma sekarang ni semakin sukar jumpa dalam blog berbanding awal tahun lepas.

Crown haus sedikit. Tapi masih mudah diputar dan dikunci
dengan baik.



No siri 181780, keluar kilang Ogos 1981. Perkataan Seiko telah haus, maksudnya jam ini telah banyak kali digosong supaya berkilat casebacknya. Tertera modelnya 6309 7049, bermaksud jam ini asalnya untuk pasaran Amerika Utara. Model 6309 7040 adalah untuk pasaran tempat lain. Model 6306 untuk pasaran Jepun. Kalau ada diinternet pun harganya sangat tinggi. Keistimewaan jam ini tak payah cerita la, semua orang tahu kerana casingnya yang unik.

Kena cari bracelet supaya sesuai pergi kerja.

Movement masih ok dan lancar.

Sunday, January 16, 2011

Beli Helmet Seiko



Seperti biasa hari ahad aku akan habiskan masa lebih kurang 2 jam kat Locken, Ipoh sebelum pergi pasar beli ikan. Hari ini tak rancang nak beli apa-apa. Tapi bila nak balik ternampak pulak abang yang minggu lepas jual Dalil (murah, tapi original, aku pulak tak minat). Minggu ni dia bawak helmet. Kali pertama lihat depan mata. Alamak, casingnya berkilat, tak pernah accident teruk lagi helmet ni. Ada calar sikit kat lug. Masih ok. Tapi subdail minute pulak kong. Tak apalah bang.........saya ambil le!