Sunday, November 4, 2012

Pagol - foto yang menusuk jiwa peminatnya

Pagol - antara jam yang ramai peminat. Jika diberi pilihan antara Pagol dan Titoni, aku pilih Pagol. Ini kerana ianya lebih sukar diperolehi. Perkara lain yang menarik minat aku ialah pokok palma yang menjadi hiasan muka jam Pagol. Aku pernah memiliki beberapa biji Pagol sebelum ini seperti M7, V5 dan 707. Setelah koleksi aku meningkat banyak, jam-jam tersebut mula dijual kerana tdak dipakai. Ayat biasa seorang pengumpul jam, yang dah lepas tak akan dapat kembali.

Pagi ini memang langkah kanan, sebiji Pagol terhidang di depan mata. Wang boleh dicari, tapi nak jumpa sebiji jam yang cantik jarang sekali. Pagol 1000 menjadi koleksi terkini.






putih hitam kehidupan diwarnai pagol

Saturday, November 3, 2012

Seiko UFO ada Awan Nano

 Seiko 6138 0011 UFO - jam ini tak ada isu dengan kelancaran terbangannya. Memang lancar.
Masalah hanya timbul apabila cuaca sejuk di dalam "cockpit" kereta aku apabila jam yang dipakai di tangan kiri ini berhadapan dengan tujahan air-cond. Ini mengakibatkan "awan" terbentuk di bawah crystalnya. Terpaksa jemur sekejap nak menghilangkan pemeluwapan. 
Selepas kena dua tiga kali, memang kita tahu jam ini ada masalah besar. Kalu dibiar mungkin akan menjejaskan movement jam dalam jangkamasa panjang.

Jam dibawa berjumpa doktor jam. Masalah jam pun diceritakan dengan penuh semangat. Doktor hanya pegang dan belek-belek jam. Doktor menjelaskan bahawa puncanya adalah getah gasket pada case back , crown dan pusher button perlu ditukar baru. Malangnya doktor tak ada alat-alat ganti. Maka timbul pula masalah kedua. Gambar di atas adalah contoh gasket yang dah rosak.

Ada sesiapa tahu dimana saya boleh dapatkan gasket-gasket di atas termasuk gasket untuk cermin jam dengan harga berpatutan.

Thursday, November 1, 2012

Cyma Navystar - SOLD

 Jam Cyma pertama aku. Jam ni manual winding. Dah lama tak pakai jam manual. Rupa jam ni memang menawan. Ramai juga terpikat bila dimasuk dalam blog.
Jam ini dibeli ketika aku masih demam dengan Oris Moonphase. Jadi Cik Cyma ni duduk dalam kotak aja le. Sementelahan aku tak berapa suka dengan tali jam tersebut. Jadi kita tukar aja. Masalahnya bila tukar bukan semestinya sesuai.
Jadi Cyma dipakaikan dengan tali kan Doxa aku, sebab lugnya 20mm.
Saiz jam 34mm - kira-kira saiz piawai untuk jam dress lama-lama.
Tapi masih belum memuaskan hati aku untuk memakai jam ni pergi kerja.
Tali 20mm yang lain pun tak ada.

akhirnya

dipakaikan dengan leather nato. Malangnya tali nato panjang, tak sesuai nak lipat hujung tali nato tu. Maka aku potong dua inci. Barulah aku puashati nak pakai Si Cyma ni pergi kerja.

Teruskan menatap wajah Cyma (Shima) kesayangan hamba ni...




 Ada sticker

 Crown cantik
 Serial number
 Cantik lagi
Dibeli daripada pemborong jam lama
Spring bar sudah dimamah usia. Tapi jam masih cantik.
Rasanya jam ni cantik dengan tali kulit dark brown atau kemerah-merahan sikit.



TELAH DIJUAL AKHIRNYA PADA 12 APRIL 2013

Sunday, October 14, 2012

Tempat Simpan Jam - sold







Minta maaf le, aku tak tahu nak beri nama khas untuk tempat simpan jam ni. Biasa orang guna di kedai jam, letak dalam almari bercermin. Barang kualiti baik punya. dah lama aku simpan, tapi malas nak masuk blog. Ada dua set. Satu aku simpan aja le buat letak atas meja.

Saiz kotak : 39.8 X 26.1 X 4.0 cm
Saiz bantal peluk : 7.5 X 5.0 X 3 cm


Kelebihan barang ni:

1. berat,  maka kos pos lebih sikit
2. kayu solid, itu sebab berat
3. fabrik bermutu tinggi, jamin puas hati.
4. saiz setiap slot simpan jam besar, maka jam tak berlaga
5. tapak bawah ada fabrik baldu hitam, jadi kotak tidak mudah bergerak
6. sangat sesuai untuk yang jual jam di kedai

Dua-dua dah jual kat member Locken

ORIS ARTELIER COMPLICATION

Hari sabtu aku ke Kuala Kangsar. Saja nak jalan-jalan, pergi makan tengahari, isteri pulak cuti. Selalunya  isteri aku kerja, kadang-kadang 7 hari seminggu dan terus sambung lagi 5 atau 6 hari. Jadi nak bawa dia pergi makan. Aku pulak boleh le tengok-tengok jika ada kedai jam di KK ni.

Memang ada sebuah kedai jam di kawasan Lembah. Lembah ni tempat yang ada banyak kedai makan tepi sungai tu. Banyak juga jam lama, tapi "conditionnya" tak tahu le. Harga pun tinggi, jadi aku hanya cuci mata saja. 

Tak banyak kedai jam di KK ni. Kalau aku duduk di KK ni tentu bosan kalau nak cuci mata tengok jam. Agaknya peminat jam di KK tentu kena pegi Ipoh, Penang atau KL. Lagi satu tentunya bergantung kepada blog-blog jam yang ada untuk tengok jam.



 Tak lama selepas tiba di Kuala Kangsar hujun turun dengan lebat

 Aku sempat masuk dalam kereta selepas keluar dari sebuah kedai jam. 
 Apa nak buat? Aku hanya ditemani cik Oris. Apa boleh dibuat selain pukul gambar

Pakai seluar biru Oris hari ni. Masa beli seluar hitam

 Dial jam Oris kebiasaannya mempunyai corak sebegini. Diistilahkan sebagai  guilloche dial.


 Lug yang cantik, berbanding model terkini. Ada crown guard. Cari kat google tak jumpa lug serupa ini lagi.
Movement eta yang ditune oleh Oris jadi Cal 571. Model terkini guna Cal 581.

Tuesday, October 9, 2012

Mari layan gambar dulu......moonphase



Zenith, cantik, pasti movementnya bagus. Kedudukan date di tempat yang tidak mengikut kebiasaan

 Oris Artelier Complication....

 Oris moonphase, big crown

 Oris Artelier Complication juga..


Semua gambar dari internet

Sunday, October 7, 2012

Alba - SOLD



SOLD

Sebab jual : 1. ruang dalam kotak jam dah penuh
                 2. ada jam nak masuk kotak tu
                 3. nak "cover cost" jam nak masuk kotak tu

maklumat jam boleh rujuk cerita lama dalam blog ni.

Wednesday, September 19, 2012

Eterna Matic Centenaire '61 - Sold

Proses mengurangkan jam-jam koleksi aku semakin sampai ke penghujungnya...kebanyakan yang menjadi mangsa adalah jam-jam dress serta diver. Yang terakhir keluar dari kotak jam aku ialah jam di bawah, walaupun berat hati, tapi cukuplah lima jam dress untuk aku gilir-gilirkan antara cik ome, cik rox, cik zeni dan cik doxa dan sebutir titoni retro. Aku perlu berlaku adil untuk setiap jam yang ada.



Sunday, September 2, 2012

Parker 51 - minat baru



Minat baru, mencari fountain pen...akhirnya aku jumpa juga pen Parker 51, antara pen parker yang dicari peminat fountain pen. Carian di ebay dan web kebanyakannya menunjukkan pen ini ada nilainya.. termasuk nilai ringgitnya. Nantikan cerita seterusnya tentang pen.........

dari bacaan di beberapa web site : kemungkinan parker 51 di atas keluaran antara tahun 1948 hingga 1957, itu pun jika semua part parker 51 ini original. Aku berpendapat sedemikian kerana Parker 51 dengan aerometric filler di perkenalkan pada tahun 1948, dakwat superchrome untuk kegunaan parker 51 sahaja diperkenalkan pada tahun 1948 dan imprint Superchrome pada filler sleeve berakhir pada tahun 1957. Jika benar apa yang aku baca ini, pen ini sekurang-kurangnya berusia 55 tahun. Hanya Allah yang mengetahuinya.....

gambar penuh di http://koleksijammasa.blogspot.com/2012/09/parker-51-vintage.html

sesiapa yang mempunyai pen parker 51/45 yang rosak untuk dijual, boleh hubungi saya, saya bersedia membeli jika harga berpatutan..