Seiko 7005 8190, memang jarang sesangat kita jumpa. Aku sendiri berbelah bagi nak labur atau tidak. Selain jam ini, terdapat sebiji lagi Seiko 5 Sport. Harga sama, kondisinya pun sama, tidak terurus.Jam nampak pelek, seperti ada sesuatu yang tidak cukup, iaitu bezel. Aku rasa seperti bezelnya ditanggalkan. Nampak gonjeng. Akhirnya labur juga selepas runding harga .
Seiko 7005 8190 ini juga terdapat dalam dial bewarna biru. Hak di atas dial maron. Gambar jam seperti di atas juga boleh dibaca di laman berikut, jelas jam aku ini keadaan ori dan lengkap.
http://jamtanganautomatic.blogspot.com/2012/12/for-sale-seiko-automatic-7005-8190.html
http://www.speedtimerkollektion.com/shop/product_info.php?products_id=2297
Gambar awal sebelum operasi pembersihan. Bintik-bintik halusl pada cermin adalah titisan cat.Kesan cat juga terdapat pada bahagain bawah bracelet.Bracelet juga banyak calar.
Usaha menanggalkan bracelet juga mengambil masa. Mujur ada lubang di tepi kaki lug. Spring bar juga penuh DNA sipemilik sebelum ini. Menurut penjual, jam adalah milik sendiri. Di tangan penjual terdapat jam pagol 2000, mahu RM400 katanya. Selepas bracelet ditanggalkan, lebih banyak kekotoran yang terserlah.
Bracelet dengan clasp SEIKO. Jika jam-jam lama dapat dibeli dengan bracelet asal, pada aku ianya satu bonus. Sementelahan ianya cukup-cukup untuk tangan aku.Gambar di bawah menunjukkan bracelet jam juga tidak pernah dicuci. Perkataan "Stelux" sukar dibaca.
Setelah selesai membuang segala daki, barulah digilap dengan autosol bahagian backcase jam.Kemudian baru buka tutup belakang. Maka terserlah le pancaran sinar daripada movement jam 7005A.Wow, meme bersih. Aku cukup puas hati.Lebih bersih daripada movement 7005 yang pernah aku miliki dahulu. Dengan usia belasan atau puluhan tahun ku tak pasti
Rupa jam selepas selesai kerja pemuliharaan dan pemeliharaan. Dipakaikan dengan tali nato. Bracelet sudah bersinar semula. Muka jam betul-betul bulat. Ini diperkuatkan lagi dengan kaki lug yang kontot. Dengan saiz 39mm, ianya nampak besar.
Penutup belakang jam cukup baik, tiada goresan yang menikam hati.Ini menunjukkan movement ini tidak bermasalah, kerana begitu jarang penutupnya dibuka.
Dengan serial no. 461584, jam ini selewat-lewatnya keluaran Jun 1994 atau paling awal Jun 1984. Aku kurang pasti bila movement 7005 ini mula digunakan. Tetapi melalui semakan menggunakan Seiko Date Production Culculator ianya memberikan tarikh Jun 1974. Tapi rasanya tarikh itu sangat keterlaluan. Mungkin disebabkan penggunan movement 7005 mengambilmasa lebih daripada 10 tahun maka, ianya memberikan tarikh terawal penggunaannya. Jika jam ini dihasilkan pada tahun 1984 , maka wajar kita hargai kemampuan seiko menghasilkan jam berharga rendah dengan kualiti yang sangat baik.
Seiko 7005 8190 ini juga terdapat dalam dial bewarna biru. Hak di atas dial maron. Gambar jam seperti di atas juga boleh dibaca di laman berikut, jelas jam aku ini keadaan ori dan lengkap.
http://jamtanganautomatic.blogspot.com/2012/12/for-sale-seiko-automatic-7005-8190.html
http://www.speedtimerkollektion.com/shop/product_info.php?products_id=2297
Boleh pergi ke link berikut untuk menyemak tarikh jam seiko anda berdasarkan movement dan no sirinya.