Tuesday, February 26, 2013

Dapat juga!

Hari ini aku ke kedai Uncle Rama.Tujuan aku menghantar jam Pomar kawan aku untuk diganti cermin dan servis. Setelah selesai dan berbual sebentar aku menuju ke kereta. Tetiba aku berpatah balik untuk bertanya bila jam kawan aku tu boleh disiapkan. Kemudian Uncle Rama mula cucuk jarum menunjukkan jam yang dia ada. Mahu jam Russia alarm? Aku pun duduk semula dan membelek-belek jam dan sambil Uncle Rama mengunci untuk menguji bunyi alarm jam tersebut. Aku tak minat jam Russia serta jam ada alarm, belum terbuka pintu hati. Kemudian aku pula menunjukkan jam yang aku pakai...

Aku: Ini jam saya, lama punya.
UR : Ini tali bukan dia punya. Tengok ini hujung.
Aku: Ya Uncle.
UR : Saya ada satu tali. (Uncle Rama mengeluarkan tali jam daripada laci mejanya)
Aku: Cantik! Ini lama punya tali. Mahu jual ke uncle.
UR: itu hari ada satu Cina mahu beli. Dia mahu bayar lima ratus.Saya tak mahu juallah. Tak kenal dia.
       Customer bolehlah.
Aku : Nanti uncle punya jam tak ada tali.
UR : Ini bukan betul punya jam la. Pakai saja. Tapi ini hujung panjang sikit. Kasi cuba tengok dulu.
Aku : Ori ke?
UR : Original punya. Tengok ini ada tanda ( sambil menunjukkan clasp 3dot pada clasp)
Aku : Berapa uncle mahu jual?
UR : X00.
Aku: Bolehlah saya angkat.
UR: Sudah pasang. Ini tali Rolex senang masuk, mesti boleh punya. Sekarang baru cantik, jam lama tali  
       lama.
Aku : Cantik! Cantik uncle. Kemas.
Aku terus menghulurkan kertas agong.
UR : Pakai dulu. Ada panjang ka?
.......
Aku : Ok.Sudah elok. Thank you very much uncle. Thank you. Thank you.
Aku mengucapkan berkali-kali terima kasih kepada Uncle Rama.
Aku rasa bertuah kerana UR mahu menjual tali jam yang rare ini kepada aku.

Memang rezeki aku petang ini. Semuanya bermula dengan ada menunjukkan jam aku kepada Uncle Rama.
Dan dalam masa yang sama Uncle Rama juga mendapat bahagiannya.



Update: Rivet bracelet ini telah dipasangkan pada jam Rolex 1007.







Sunday, February 24, 2013

Apa lagi?

Manusia tidak pernah puas. Dahulu semasa di sekolah kita pernah belajar subjek perdagangan. aku belajar semasa tingkatan 1, tahun 1982. Guru aku pun dah arwah, Cikgu Azami Bahari. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

salah satu yang dipelajari ialah keperluan asas manusia, iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Selebih daripada itu adalah kehendak. Kehendak manusia tiada had. Berbalik kepada hobi aku ini, apakah lagi kehendak aku yang tidak terpenuh. Nak jam diver yang jadi buruan seperti Seiko turtle, OM dan Samurai pernah aku miliki.Aku pernah memiliki berbelas jam diver. Oh! cuma Rolex Submariner sahaja belum aku tercapai.

Jika nak jam dress yang cantik...aku telah memilikinya. Omega, Rolex, Zenith, Eterna Matic, Benrus etc. Aku pernah merasa memakainya.Akhirnya jarang-jarang juga dipakai.

Jam chronograph? Buruan ramai seperti Bullhead, UFO, Helmet aku dah merasa. Moonwatch? Sudah.
Jam yang rare? Pernah juga lah merasa. Rado NCC contohnya. Beli jam baru? Ada juga sekali sekala.Semahal mana pun jam kita pakai pastinya kita akan jemu. Itu hanya kehendak.

Hari ini sahaja aku melihat nilai jam yang bertukar tangan melibatkan ribuan ringgit. Walaupun jam yang dimiliki telah begitu banyak tetapi pemburuan terus berjalan.

Aku perlu musabah diri. Aku mesti mampu mengawal diri. Aku tidak berani berjanji untuk tidak mencari jam baru tetapi aku  perlu rasional dengan sanggup menjual jam-jam aku.. Apakah pengakhiran hobi aku ini....

sayonara pilot,skx, zenith

welcome ...1007


Saturday, February 23, 2013

ARTUS FOUNTAIN PEN

Assalammualaikum semua. Hari ini nak cerita fasal pen lagi. Saya bukanlah pandai pen. Ruang ini hanya untuk berkongsi cerita sahaja. Kali ini pen yang hendakk diceritakan ialah pen Artus, sebatang lagi fountain pen lama ( vintage?) milik saya.

Tidak pernah dengar jenama ini. Yang biasa kita dengar selain Parker ialah Sheaffer, Montblanc, Cross, Pilot. Sebenarnya negara Jerman banyak mengeluarkan pen pelbagai jenama. Kalau jam kita mahukan keluaran Swiss dan Jepun. Kalau pen saya mahukan buatan Jerman dan Amerika. Kalau kereta, tiada siapa yang tidak mahukan buatan Jerman.

Jenama Artus tidak lagi dikeluarkan sekarang. Pernah lihat pen jenama Lamy. Kalau pergi ke bahagian pen di Parkson Grand tentu ada. Harganya tidak juga murah. Pen Lamy tersebut bersusur galur dengan Artus.

Warna Burgundy pilihan aku. 

 Pen bersih ketika dibeli. Terasa sayang pula nak diisi dengan dakwat.

 Aku tak pasti nama kaedah pengisian dakwatnya. Vacumatik atau piston filler?Belum khatam mengaji bab pen.
 Nib iridium. Mungkin F sebab halus tulisannya selepas dicuba.

Kaedah pengisian dakwat memerlukan kita membuka bahagian atas barrel, putarkan bahagian filler tersebut. Dengan itu dakwat akan dipam naik.


read stories about fountain pens here
http://www.ninajohansson.se/2011/06/fountain-beauties/


Friday, February 22, 2013

Jualan ....................

Klik pada labels available (jam) di bawah untuk melihat jam-jam yang hendak dijual dan scroll down untuk mencari jam-jam berstatus untuk jualan. Tawaran untuk jualan akan dihentikan apabila matlamat tercapai.


UPDATE 24.2.2013  Tawaran untuk jualan telah dihentikan. Hanya kekal available untuk jualan adalah jam citizen. Harap maklum.

Monday, February 18, 2013

CITIZEN for sale rm280

 diameter mengagumkan 36-37 mm, lug 18mm
tali aftermarket
 Serial # 7 angka , dari tahun 60an.
 Movement Automatik 17 jewel, berdegup baik
cermin jam beralun sedikit antara jam 10 dan12, 
tapi tidak calar atau ketara kecuali dirasa dengan jari

calender ; warna merah,cross-hair lagi tu


SEIKO DIVER : SOLD






Status   : Used/ terpakai
 Jenama : SEIKO
Model   : 7S26 0020
Serial # : 7N0586
Movement : 7S26A Seiko Time Corp 21 Jewel Japan( stamp on rotor)
Bezel: click
Bezel Insert : Aftermarket pepsi
Bracelet : Aftermarket Jubilee
Dial: masih cantik, lume pada marker sekata/sama seperti pada 3 jarum ( jadi saya rasa original)
"JAPAN" pada dial, movement dan caseback.

Saturday, February 16, 2013

Election Watch

Assalammualaikum...

Peminat jam ada pelbagai ragam. Pemilihan jam yang diminati ada yang berdasarkan jenama, harga, keoriginalan semua bahagian jam, berdasarkan rupa, kategori jam seperti diver atau chronograph, warna dan sebagainya. Bagi aku pula dalam tak sedar semua jam aku mesti muka dan movement bersih. Ini kerana bahagian muka jam atau dial yang dak rosak adalah mustahil untuk dipulihkan melainkan secara redail. Bagaimana dengan anda pula.

Seorang kawan jam pula memilih dial yang dah berpatina, nampak ketuaannya. Muka hitam pilihan utamanya. Dan jenama jamnya memang ada yang sukar di peroleh seperti jenama Kienzle, yang bila terlintas difikiran semestinya jam dinnding tiga lubang.

Di blog kali ini aku paparkan jam tangan Election,juga satu jenama jarang-jarang sekali muncul yang dimiliki oleh seorang kawan yang berminat dengan muka yang telah dimakan masa. Carian di Ebay juga tidak banyak yang dipaparkan dan harganya mahal juga jika nak dibandingkan dengan namanya yang tidak glamour itu. Sejarah syarikat pengeluar juga sangat sukar ditemuai. Kalau ada pun masih belum pasti betul atau tidak. Aku paparkan sekeping dua sahaja gambarnya, selebihnya dipertontonkan di satu lagi blog saya nanti.

 Election.....

Election 
Grand Prix Berne 1914 
(biasa ditemui pada case back jam-jam Election)

Movement 665; kunci. masih mengerakkan waktu dengan mantap

Jangan kita pandang rendah pada jam ini. Election yang aku temui ini biasa-biasa sahaja, tapi gambar yang ditemui di internet in isangat-sangat mengujakan.

Election Day Date Pointer With Sub Second
Pic from internet

Election ; SA La Chaux de Fonds, Le Geneveys sur Coffrane 
Other company names: A. Braunschweig, L. Braunschweig, Les fils de L. Braunschweig, Fabrique d’Horlogerie Election SA

History: The company was founded in in 1850 as A. Braunschweig.
In 1900 the company was listed as Les fils de L. Braunschweig for all kinds of watches from cylinder to lever, simple and complicated, repraters, chronographs, calendars, grand sonnerie and chronographs.
They exhibited at the Paris expo in 1900.
In 1916 the company was listed as L.Braunschweig, Fabrique d’Horlogerie Election SA
In 1920 the company had an ad. For Manufacture des Montres Election.
This abbreviated information is from K.H.Pritchards Swiss Timepiece Makers 
dipetik daripada  http://forums.watchuseek.com/f11/election-watch-160788.html

Tuesday, February 12, 2013

Pen Parker 51

Cuti...awal awal tahun ni dah banyak cuti sekolah selain sabtu dan ahad. Inilah peluang aku nak ke "flea market"di Pasar Besar Ipoh. Aku lebih suka memanggilnya "Super Kinta" merujuk kepada sebuah supermarket yang terletak dalam bangunan pasar tersebut. Bagi warga Ipoh yang lahir selepas tahun 2000 mungkin tidak memahaminya. Mulai tahun 2013 boleh disebut pula UTC kerana ianya menempatkan UTC Ipoh.

Penjual barangan terpakai/lusuh di pasar besar ini yang tiada memiliki ruang kedai  hanya menghamparkan alas plastik di atas lantai berhampiran ruang perniagaan. Ianya tidaklah sehebat Locken Flea Market pada hari Ahad. Tetapi jika bernasib baik kita akan mendapat barang yang tidak kita sangka; yang sememangnya kita cari.

Pagi ini sementara ke pasar, aku menyinggah ke tempat jualan barangan terpakai ini.Di sini terdapat juga orang menjual jam terpakai jenama Jepun atau Swiss. Rolex pun ada. Hari ini apa yang aku terjumpa ialah seorang penjual jam, beberapa barangan lain dan yang cerita utamanya ialah pen-pen lama. Kalau tak salah aku lebih daripada 20 batang. Akhirnya mencangkung le aku dekat setengah jam disitu. Selain jam sememangnya aku mencari pen parker terutamanya Parker 51 Aerometric dan Vacumatic. Aku telah ada sebatang, tetapi keseksian Parker 51 begitu mengujakan aku. Disebabkan itulah aku terlupa nak tangkap gambar pen-pen antik pelbagai jenama tersebut dengan yang paling tua  bertarikh 1903. Malangnyasudah tiada nib/mata pennya.

Cerita seterusnya adalah tentang proses mencuci pen yang telah aku beli tadi supaya ianya berfungsi.Semasa proses membeli ianya tidak mengeluarkan dakwat. Kira nasib la, takboleh pulangkan semula, kata penjualnya. Harga mahal pula, berbandingparker 51 pertama aku yang "confirm" boleh tulis.

Conditionnya mulus..yang penting tiada kesan gigitan cinta. Warna burgundy/merah hati

Sign: 1/10 12K Gold Filled, Made in USA, Logo Parker, Parker, 51
Jewel.. bahagian yang aku suka tengok

Proses yang mendebarkan
1. sediakan air panas suam-suam kuku

2. Rendam mata pen seminit, picit/press bahagian ribbed bar. Ini akan menyebabkan dakwat yang mungkin beku menjadi cair semula dan picit berulangkali hingga semua dakwat tiada. Tukar air suam hingga air yang akhir hampir jernih. (Aku terpaksa menukar air suam hampir 5-6 kali, ini menunjukkan dakwat pen telah mengeras)

3.setelah puas hati bilas semula dengan air bersih seperti proses #2 dan lap dengan kain kering.

Seterusnya aku cuba menulis untuk memastikan dakwat lamanya telah betul-betul kering.Hasilnya seperti gambar di bawah. Aku berasa lega kerana matanya dah mampu menulis berbanding sebelum dicuci.


Untuk mengeringkan semua dakwat lama, aku mulakan proses di bawah.

Terfikir teknik ni secara tak sengaja bila aku mengelap mata pen. Selesai juga. Aku masukkan
dakwat hitam,kerana Parker 51 pertama aku menggunakn dakwat biru.

Tak rugi  aku membelinya, walaupun mahal, tetapi lebih murah daripada di Ebay.

terima kasih kerana membaca.



Parker 51 pertama http://jammasa.blogspot.com/2012/09/parker-51-minat-baru.html



tali jam

Tali jam no 2 dan 3 dari atas telah berpindah tangan.

Monday, February 11, 2013

TALI NATO TERKINI : JAMES BOND : SOLD

 tali jam " jems bong" dengan seiko turtle ...memang masuk le model tangan ni gayakan

Ini bukan nato biasa atau zulu...tak ada ring.
Stok hanya ada 20mm untuk model...sesuai untuk rolex sub atau moonwatch

gambar klasiktali bond

 Tali A: 20mm; panjangnya 25cm @ 9 3/4 inci; harga RM50 dengan pos biasa nett SOLD

Tali B: tali nato 22mm; panjangnya 27cm @ 10 3/4 inci; SOLD

Tali C: Nylon 18mm; panjangnya 25cm, boleh dilaras panjang pendeknya; warna khaki brown ; SOLD



Saturday, February 9, 2013

Rado NCC 101 - koleksi jammasa

Orient Sun & Moon @ Bulova M7 Amar @ Seiko Alpinist ? Yang menang ialah Rado NCC 101. Aku belum memiliki jam Rado. Tak ada yang berkenan. Rado NCC pula pernah dilihat live milik King of Rado. Sememangnya sebuah jam yang besar. Harga terpakainya pun boleh tahan.Jadi apabila aku terlihat jam ini di atas meja lipat penjual jam di pasar besar ipoh...aku dah tahu apakah jam yang perlu aku beli. Lupakan sahaja seiko, orient atau bulova.

Cuci-cuci

NCC 101 REF 11920

Clasp ...original

Crown...sauh

 Original Bracelet

Test Drive

Preview : Rado Pertamaku


 Rado ads http://watchcarefully.com/rado-vintageads.html


NCC stands for New Conception Construction

Tuesday, February 5, 2013

ORIENT CERAK & FERAP

Daripada hanya suka-suka memaparkan jam yang aku temui disebuah kedai, akhir dua orang rakan facebook dunia jam membeli 2 ketul jam Orient Cerak. http://jammasa.blogspot.com/2013/01/orient-cerak001w.html

Hari ini seorang rakan sekerja meminta aku surveykan jam orient multiyear calender. tapi lain yang aku jumpa. Rupa-rupanya ada banyak jam Orient Cerak ni. Ada juga Orient Ferap. Maka aku teringat seorang bro yang menegur aku semasa dikedai jam ketika aku membeli jam orient cerak sabtu lepas. Kata bro tu, jam ni ada versi terbaru. Jam Orient Cerak adalah NOS.

Di bawah adalah gambar -gambar Orient Cerak.



Gambar di bawah pula ada versi terbaru rasanya ; Orient Ferab




Gambar daripada internet online shopping japon.

Monday, February 4, 2013

ORIENT GMT

Sementara menunggu bapa aku sampai dari Sabah petang tadi aku merayau ke sebuah kedai jam. Kedai ni terletak di sebuah pasaraya besar. Aku pernah sekali membeli jam di kedai ini, iaitu jam milik isteri dan anak-anak aku.

Jam Seiko tak menarik minat aku kali ini. OM yang versi baru adalah, tetapi ak tak berminat. Aku nak melihat-lihat jam Orient sahaja. Adalah juga jam yang ada nilai untuk dibeli. Tapi kali ini aku tertarik dengan satu jam ini iaitu Orient GMT FFE06001B.

Yang buat aku tertarik ialah fungsi GMTnya, walaupun ianya bukan satu keperluan untuk aku. Tak tahu nak gunapun. Tetapi itu bukan masalah besar. Masalah besarnya ialah design dan potongan jam ini yang nampak kukuh dan kemas bagi mata aku.

Malangnya kedai ini tak mesra harga. Offer katanya, tapi diskaun ciput, kurang dariapada diskaun untuk jam seiko. Kebiasaannya diskaun untuk Orient lebih tinggi, ini berdasarkan pengalaman aku yang lebih banyak membeli jam Orient baru berbanding Seiko. Disebabkan jurujual pu tak mesra pembeli, malaslah aku nak minta kebenaran snap gambar sekeping. Harga pada tag memang mesra iaitu RM850.

Jadi nikmati sahajalah sekeping gambar yang diambil daripada internet.

photo : http://yeomanseiko.com


spesifikasi jam:


Power Reserve                 :Approximately 40 Hours
Crystal                            :Mineral Crystal
Movement                       :Orient caliber 46P40 Made in Japan
Clasp                              :Fold-over with Double Push Button Safety
Crown                            :Screwed-down Crown
Water Resistance             :200m
Case Material                   :Stainless Steel
Case Diameter                 :45.00mm without crown
Case Thickness                :13.60mm
Dial Color                        :Black
Bezel Material                   :Stainless Steel
Bezel Function                 :GMT
Calendar                          : Date
Band Material                   : Stainless Steel


Boleh juga meninjau-ninjau daripada laman wenb Orient USA yang menarik ini

http://orientwatchusa.com/ffe06001b




Saturday, February 2, 2013

Orient Sun & Moon

Asalnya aku bertanyakan jam orient sub yang seakan-akan rolex submariner kepada towkey ja. terus dikeluarkannya buku model-model terkini Orient. Malangnya jam yang ditanya tak ada, memanglah jam tersebut keluaran terdahulu. Aku gatal mulut bertanya pula, orient ada jam moonphase ke? Selepas dibelek-belek  terjumpa Orient Sun & Moon. Bila aku perhatikan gambar, tak pulak seperti moonphase biasa yang kita lihat piringnya yang bewarna biru ada buloan dan bintang tu. Towkeh jam kata dia ada jam tersebut. terus dikeluarkan dari ruang pamerannya. Sempat le aku snap gambarnya...dah snap, jadi racun pulak gambar tersebut. Harga pun lebih murah daripada Seiko dress yang pernah aku minat iaitu Presage Open Heart ( bukan Seiko 5) yang masih di atas RM1000 selepas diskaun.

Fungsi indikator Sun & moon tidak sama seperti  fungsi moonphase yang biasa aku tahu. bagi jam ini Sun merujuk siang hari dan moon merujuk malam hari.Justeru ia memudahkan untuk menentu waktu di jam tersebut siang atau malam (AM/PM). Jam Oris Moonphase yang aku ada pula dalam pusingan sebulan penuh. Jadi kita tidak perasan pergerakan piring moonphasenya berbanding dengan Orient Sun & Moon ini.

Nak tahu lebih lanjut, kena google le. Nak terang lanjut, saya pun tak ada jamnya. Masih milik tuan kedai.Sasaran akan datang. Warna dial hitam menarik juga.


Maaf tersnap gambar terbalik. Warna dial dalam gambar di atas tidak menggambarkan warna sebenarnya.


Specifications

Mechanical Movement : ORIENT caliber 46B46 Made in Japan
Self-winding movement
21 jewels
21600/hour vibrations
Date indicator, Day hand, AM/PM disk-shaped indicator
(Sun & Moon display)

Stainless steel case
Sapphire crystal
Genuine leather strap
Screw see-through caseback
 (Crystal glass)
Water resistant to 30m
Diameter 41.50mm
Thickness 13.29mm


nak baca  press release..


http://www.orient-watch.com/press_release/20120727.pdf

ORIENT CAL. 469 40th ANNIVERSARY #331 / 2000

Jam Orient Cal. 469 ini dikeluarkan sempena sambutan 40 tahun Orient menggunakan Cal. 469 bagi jam-jam divernya. pada tahun 1971. Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1971. Ianya dicatatkan pada case back jam. Jam anniversary ini dikeluarkan pada tahun 2011 sebanyak 2000 unit sahaja. Dikeluarkan dalam dua versi iaitu stainless steel dan black PVD coated sebanayak 1000 unit.

Ianya disertakan dengan kotak khas. Kotak luar daripada kertas keras. Didalamnya terdapat sebuah kotak dengan kemasan akrilik pada bahagian atas dengan catatan Orient Cal. 469 40th Anniversary.
Dengan harga RM1150 sebelum diskaun ianya sangat berpatutan berbanding jenama lain yang harganya mungkin labih tinggi.


Jam ini hanya dikeluarkan sebanyak 2000 unit. Justeru bagi peminat Orient sewajarnya memiliki satu  jam ini. Selepas setahun pastinya ianya sukar didapati. Nilainya mungkin akan naik, jadi tidak rugi memilikinya, lebih -lebih lagi jika diperolehi dengan harga berpatutan.


Selebihnya, jam ini akan menjadi sejarah yang panjang kepada pemiliknya nanti.................




status : for sale RM999

From ORIENT web site


Since its development in 1971, the Cal. 469 has been at the core of ORIENT WATCH's history.
During the 40 years it has been continuously produced the mechanical movement and has gone through evolution and development that continues to this day. To commemorate the 40th anniversary of the Cal.469, ORIENT WATCH will offer a special model incorporating this mechanical movement, with a limited release of 3,000 pieces worldwide.


[ SPECIFICATIONS ]
Glass material : Crystal glass
Screw caseback, Screwed-down crown
Water resistant : 200m
Case Diameter : 45.00mm
Thickness : 13.60mm

[ CALIBER ]
Movement : ORIENT caliber 46943 Made in Japan
Drive system : Self-winding movement
Vibrations : 21,600/hour vibrations
Daily accuracy : +25 -15 sec/day
Running time : More than 40 hours
Number of jewels : 21 jewels
Function : Date & Day of the week indicator